Dodi Al-Fayed

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Emad El-Din Mohamed Abdel Moneim Fayed, atau lebih dikenali sebagai Sahrul Al-Fayed (15 April 1955 - 31 Ogos 1997) merupakan seorang produser filem dan anak kepada Mohamed al-Fayed, seorang hartawan serta pemilik kedai ternama Harrods dan Hôtel Ritz Paris. Beliau merupakan pasangan romantik bersama Puteri Diana. Mereka berdua terbunuh di dalam satu nahas kemalangan jalan raya di Paris, Perancis pada 31 Ogos 1997.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal dan kerjaya

Dilahirkan di Iskandariah, Mesir. Anak sulung kepada Mohamed al-Fayed dan mempunyai hubungan saudara tiri dengan Omar, Camilla, Karim dan jasmine Fayed. Bapanya merupakan mantan pemilik syarikat Harrods, pemilik Hotel Ritz Paris dan mantan pemilik kelab bola sepak Fulham F.C.. Ibunya, Samira Khashoggi berasal dari Arab Saudi bekerja sebagai seorang penulis yang juga cucu kepada hartawan terkenal Turki, Adnan Khashoggi. Memulakan pendidikan awal di Collège Saint Marc dan Institute Le Rosey di Switzerland. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di Kedutaan UAE di London. Fayed juga merupakan sepupu rapat dengan wartawan terkenal, Jamal Khashoggi yang terbunuh di Turki pada tahun 2018. Pekerjaannya sering disebut ialah sebagai penerbit filem; beliau juga merupakan salah seorang penerbit di dalam filem seperti Chariots of Fire, Breaking Glass, F/X, F/X2, Hook dan The Scarlet Letter. Fayed juga merupakan eksekutif pemasaran di dalam syarikat Harrods sehingga ke hari kematiannya.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada tahun 1986, beliau mendirikan rumahtangga dengan Suzanne Gregard dan bercerai selepas lapan bulan hidup bersama. Pada tahun 1997, beliau menjalinkan hubungan intim dengan Puteri Diana. Namun begitu pada tahun tersebut, beliau mengikat tali pertunangan dengan Kelly Fisher dan menghadiahkan sebuah rumah agam di Malibu, California, Amerika Syarikat.

Kematian

Thumb
Sebuah tugu yang dinamakan sebagai Innocent Victim didirikan oleh ayahnya sebagai tanda kenangan terhadap Dodi dan Diana

Pada 31 Ogos 1997, beliau telah meninggal dunia dalam satu nahas kemalangan jalan raya di Paris, Perancis bersama dengan kekasihnya, Puteri Diana. Jasadnya disemadikan di Brookwood Cemetery berdekatan Woking, Surrey, sebuah kawasan estet milik keluarganya pada bulan Oktober 1997.

Legasi

Thumb
Memorial antara Diana dan Dodi Fayed di Harrods.

Ayahnya merasmikan tugu peringatan kepada Dodi dan Diana di Harrods pada 12 April 1998, dan kemudian merasmikan tugu peringatan kedua yang lebih mewah pada tahun 2005.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads