Iskandariah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Iskandariah (Arab: الإسكندرية al-ʾIskandariyya;[3] Arab Mesir: اسكندرية Eskendereyya; bahasa Qibti: ⲣⲁⲕⲟϯ Rakodī;[4] Yunani: Αλεξάνδρεια Alexándria)[4][5] merupakan bandar raya kedua terbesar di negara Mesir selepas Kaherah dan Giza, bandar raya ketujuh terbesar di Afrika dan bandar raya terbesar serata rantau pesisiran Laut Tengah.
Bandar ini dinamakan sempena pengasasnya raja Makedon Alexander Agung, dan menjadi ibu kota Mesir Hellenistik, dan berkembang menjadi antara kota yang terbesar di Barat. Namun, selepas penubuhan kota Kaherah oleh kerajaan Islam Zaman Pertengahan, bandar ini telah merosot sehingga keadaannya menjadi sekadar perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Kini, Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir, dan pusat kawasan industri dan penghasilan tekstil, makanan diproses, kertas, plastik dan stirofom serta penapisan petroleum dan asfalt.
Remove ads
Sejarah
Kota ini mula didirikan sebagai petempatan Alexandreia (Yunani: Ἀλεξάνδρεια) pada April 331 SM dalam perjalanan Alexander Agung melalui pesisiran Mesir mencari kawasan yang sesuai menggantikan jajahan Naukratis sebagai pusat pemerintahannya; baginda memilih kawasan ini sebagai tempat sesuai membina suatu tambak menghubungkan kepada pulau Pharos yang mampu menghasilkan dua pelabuhan semula jadi besar[6] selain menghubungkan Yunani dengan tanah Nil yang subur dan didambakan. Alexander berangkat beberapa bulan selepas batu asas kota didirikan dan Kleomenes dilantik sebagai wakilnya di sana; Kleomenes mengarahkan Dinokrates membina kota tersebut. Mayat Alexander dimakamkan di kota ini pada 323 SM atas arahan panglimanya Ptolemiaos.[7]
Kota ini ditawan oleh tentera pimpinan Amr bin al-As berikutan pertempuran melawan empayar Bizantium pada 641 M. Gabenor pengganti beliau, Utbah bin Abu Sufyan mendirikan istana pemerintah di sana dari 664 hingga 665.[8][9]
Remove ads
Geografi
Kota ini didirikan dan terletak di atas sebuah delta berdekatan muara sungai Nil menghadap bahagian selatan laut Tengah.[10]
Suhu dan iklim
Iskandariah beriklim gurun panas (pengelasan iklim Köppen: BWh),[11] menghampiri iklim panas separa kering (BSh); kedudukan ia di pantai utara didedahkan kepada angin utara Mediterranean mengurangkan suhu bahang yang datang dari gurun-gurun jauh di pedalaman Mesir.[12] Ia merupakan kawasan paling banyak menerima hujan di Mesir selain Rafah.[13]
Remove ads
Infrastruktur
Pelabuhan Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir menguruskan sebanyak barangan yang keluar masuk ke negara itu serta antara pelabuhan tertua di dunia.
Bandar-bandar kembar
Kota ini dikembarkan dengan kota-kota berikut:
- Almaty, Kazakhstan[perlu rujukan]
- Baltimore, Amerika Syarikat[20]
- Bratislava, Slovakia[21]
- Catania, Italy[22]
- Cleveland, Amerika Syarikat[23]
- Constanța, Romania[24]
- Durban, Afrika Selatan[25]
- Incheon, Korea Selatan[26]
- Kazanlak, Bulgaria[27]
- Limassol, Cyprus[28]
- Odessa, Ukraine[29]
- Paphos, Cyprus[30]
- Port Louis, Mauritius[31]
- Saint Petersburg, Rusia[32]
- Shanghai, China[33]
- Thessaloniki, Yunani[34]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads