Dominic Howard

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dominic Howard
Remove ads

Dominic James Howard (lahir 7 Disember 1977) ialah seorang pemuzik berbangsa Inggeris yang terkenal sebagai pemain dram, perkusi dan pembantu penerbit bersama kumpulan rock alternatifMuse. Beliau turut memyumbang dalam penerbitan elemen muzik sintesis dan elektronik yang terdapat di dalam muzik mereka.

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Nama lahir ...
Remove ads

Kehidupan awal

Howard dilahirkan Stockport, Greater Manchester, di England.[1] Di usia 8 tahun, mereka sekeluarga berpindah ke Teignmouth, sebuah pekan kecil di Devon. Bermain drum seawal usia 12 tahun. Di bangku sekolah, persembahannya berisnpirasikan dari kugiran berunsur jazz.[2]

Kugiran Howard bernama Carnage Mayhem,[3] ketika di sekolah. sementara itu, beliau telah bersahabat dengan Matt Bellamy, dimana kedudukan kumpulan kugirannya tidak stabil. Tidak lama selepas itu, Bellamy diberi peluang untuk menyertai kumpulan kugiran Howard. Menyepi selama dua tahun, Bellamy mencadangkan mereka menulis lagu sendiri, sedangkan hanya tinggal Howard and Bellamy di dalam kumpulan. Tampil Chris Wolstenholme, seorang pemain drum untuk kumpulan "Fixed Penalty", berbekalkan "semangat pengorbanan" kemudiannya menyertai mereka untuk bermain di posisi bass.

Di bulan pertama 1994 Gothic Plague dilahirkan, diikuti dengan Rocket Baby Dolls mereka memutuskan Muse sebagai nama kumpulan mereka.

Seorang pemain drum kidal. Beliau juga turut bermain untuk Vicky Cryer bersama Jason dari Louis XIV.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada 2004, bapa Howard, William Howard, datang ke Glastonbury Festival untuk manyaksikan persembahan Muse. Selepas sahaja tamat persembahan, William mati akibat serangan jantung. Kumpulan tersebut membatalkan persembahan mereka termasuklah persembahan yang bakal berlangsung di Itali dan Roskilde Festival. Kumpulan ini mengeluarkan kenyataan "dalam masa yang sukar ini, kami meminta agar privasi buat keluarga dan sahabat Howard dihormati".

Dalam satu sesi soal jawab beliau dan Bellamy bersama peminat, Howard menyatakan selebriti, hidup atau mati, yang paling ingin beliau temui adalah Jimi Hendrix.[4] Pernah memiliki seekor anjing diberi nama Hendrix. Walau bagaimanapun, anjing itu bukan miliknya lagi.[5]

Pada 26 September 2008, Howard, bersama Bellamy and Wolstenholme, telah dianugerahkan Ijazah Kehormat dalam bidang seni dari University of Plymouth.[6]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads