Dominika

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dominika
Remove ads

Komanwel Dominika, atau Dominika (Perancis: Dominique), adalah sebuah negara pulau yang terletak di Laut Caribbean. Dalam bahasa Latin, "Dominica" bermaksud "hari Ahad" iaitu hari di mana Columbus menjumpai pulau tersebut.

Fakta Segera Komanwel Dominika کومنويل دومينيکاCommonwealth de la Dominique, Ibu negaradan bandar terbesar ...

Nama pulau Dominika sebelum kedatangan Columbus adalah Wai'tu kubuli, yang bermaksud "Tinggi badannya". Penduduk asal pulau ini, iaitu orang Carib, memiliki wilayah yang sama seperti tanah rizab kaum Pribumi Indian di Amerika Utara. Disebabkan kedudukannya di antara pulau-pulau jajahan Perancis, Guadeloupe dan Martinique, dan juga kerana ia pernah ditakluki Perancis pada suatu ketika, Dominika juga digelar "Dominika Perancis". Namun bahasa rasminya adalah Inggeris walaupun bahasa creole, creole Perancis ditutur secara umum.

Dominika telah diberi nama samaran "Nature Isle of the Caribbean" (Pulau Alam Semula Jadi Caribbean) kerana keindahan semula jadinya yang kelihatan tidak terjejas. Ia merupakan kepulauan yang paling muda dalam Antilles Kecil, dan kini masih dibentuk oleh aktiviti gunung berapi geoterma, sebagaimana dibuktikan oleh tasik didihnya yang kedua terbesar di dunia. Pulau ini menonjolkan hutan hujan bergunung-ganang yang subur, dan merupakan tempat asal kepada banyak spesies tumbuhan, haiwan dan burung yang jarang ditemui. Terdapat kawasan-kawasan xerik di sesetengah kawasan pantai barat Dominika, tetapi hujan lebat boleh didapati di kawasan pedalaman. Burung nuri Sisserou, burung negara Dominika, ditampilkan dalam bendera negara. Ekonomi Dominika sangat bergantung kepada sektor pelancongan dan pertanian.

Remove ads

Sejarah

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads