Doraemon Story of Seasons

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Doraemon Story of Seasons (Bahasa Jepun: ドラえもんのび太の牧場物語 Doraemon Nobita no Bokujou Monogatari) adalah permainan video lakon peranan dan simulasi pertanian untuk Nintendo Switch dan Microsoft Windows yang merupakan kerjasama antara siri permainan video Story of Seasons (sebelumnya dikenali sebagai Harvest Moon) dan francais Doraemon. Permainan ini dibangunkan oleh Brownies dan Marvelous dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Penerbitan tajuk permainan ini menandakan pelancaran pertama permainan video Doraemon kepada pasaran Barat.

Fakta Segera Pembangun, Penerbit ...

Permainan ini dikeluarkan pada 13 Jun 2019 di Jepun, diikuti dengan keluaran antarabangsa pada 11 Oktober 2019. Versi PlayStation 4 dijadualkan akan dikeluarkan pada 30 Julai 2020 di Jepun, dan antarabangsa pada 4 September 2020. Versi PlayStation 5, Windows dan Nintendo Switch rasmi dikeluarkan pada 22 November 2022.

Remove ads

Plot

Setelah menanam benih misteri yang dijumpai oleh Nobita, Doraemon dan rakan-rakan dihantar ke dunia lain, ke tempat yang disebut sebagai Shizen Town. Semasa proses itu, Doraemon kehilangan sebahagian besar alat rahsia yang akan membantu mereka kembali. Pada akhirnya, mereka memutuskan untuk tinggal di Shizen Town sambil berusaha mencari jalan untuk kembali ke dunia asalnya. Lunch, seorang penduduk tempatan Shizen Town, meminjamkan Nobita sebuah ladang di bandar untuk dia tinggal.[2][3]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads