Drake
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Aubrey Drake Graham (lahir 24 Oktober 1986) atau nama pentasnya Drake [dréik] ialah seorang penyanyi rap, penulis lagu, penerbit, pelakon, dan ahli perniagaan Kanada.[10] Drake pada mulanya mendapat pengiktirafan sebagai pelakon dalam siri televisyen drama remaja Degrassi: The Next Generation pada tahun 2000-an; berhasrat untuk mengejar kerjaya dalam muzik, beliau meninggalkan siri itu pada 2007 selepas melancarkan pita campuran sulungnya Room for Improvement. Beliau melancarkan dua lagi projek bebas, Comeback Season dan So Far Gone sebelum menandatangani Young Money Entertainment pada Jun 2009.
Beliau berpencapaian tinggi di carta Billboard di mana beluau memiliki lagu yang paling banyak menduduki carta lagu (186) antara artis lainnya dalam sejarah Billboard Hot 100.[11] Beliau juga memiliki single nombor satu di Hot Rap Songs, Hot R&B/Hip-Hop Airplay dan Rhythmic Charts.[12][13] Drake juga memenangi tiga Anugerah Juno, enam Anugerah Muzik Amerika, tiga belas Anugerah Muzik Billboard, dan merupakan artis dengan single digital berpensijilan tertinggi oleh RIAA, dengan 142 juta unit.[14][15][16][17] Beliau ialah salah seorang rapper terlaris di abad ke-21, dengan lebih dari 10 juta penjualan album dan 86 juta penjualan single secara global.[18][19]
Beliau turut menubuhkan label rakaman sendiri iaitu OVO Sound dengan rakan sebidangnya 40 serta melancarkan busana fesyen dan program radio Beats 1 Radio "OwO".
Remove ads
Awal hidup
Aubrey Drake lahir pada 24 Oktober 1986 in Toronto, Ontario. Beliau anak hasil perkahwinan Dennis Graham, seorang pemain dram Amerika Afrika kelahiran Memphis, Tennessee dalam kugiran Jerry Lee Lewis[20][21] dan Sandra "Sandi" Sher, seorang guru bahasa Inggeris keturunan Yahudi Ashkenaz;[22][23][24][25][26] beliau mempunyai kewarganegaraan kedua-dua negara Amerika Syarikat dan Kanada hasil pertalian keluarga ini.[3][4][27] Ibu bapanya bercerai semasa Audrey berusia lima tahun di mana beliau dan ibunya kekal bermukim di Toronto, manakala ayahnya kembali ke Memphis; ketiga-tiga mereka tidak dapat berjumpa selalu setelah Dennis dipenjarakan beberapa tahun atas dakwaan pemilikan dan penggunaan dadah.[28][29][30][31]
Drake memulakan pendidikannya di Forest Hill Collegiate Institute yang memutik minatnya kepada bidang seni lakonan.[32] Beliau kemudiannya meneruskan persekolahannya di Vaughan Road Academy, namun keadaan persekitaran yang tidak sahaja padat jadual malah sering dibuli kerana penampilan dan anutannya memaksanya berhenti sekolah.[30][33][34]
Remove ads
Kerjaya
Kerjaya lakonan
Beliau mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 15 tahun di mana seorang kawan sekelasnya memperkenalkan beliau kepada ayahnya yang merupakan seorang ejen bakat.[35] Ejen tersebut memasukkan Drake dalam siri drama remaja CTV berjudul Degrassi: The Next Generation di mana Drake melakonkan watak Jimmy Brooks,[36] seorang bekas atlet bola keranjang yang dilumpuhkan dalam suatu penembakan. Beliau tampil dalam siri itu sebanyak 145 episod hingga tahun 2007,[37] lakonan itu juga yang menampung hidup beliau dan ibunya yang serba kekurangan pada ketika itu.
Kerjaya rap
Pada tahun 2010 Drake melancarkan album studio pertamanya berjudul Thank Me Later,[38] yang meraih tangga pertama Billboard 200 yang kemudian mendapatkan sertifikasi platinum dari RIAA. Dia kemudian menerbitkan album berikutnya berjudul Take Care pada tahun 2011 dan Nothing Was the Same pada tahun 2013.[39][40] Nothing Was the Same sukses secara komersial malah juga memenangi Anugerah Grammy kategori Album Rap Terbaik. Pada tahun 2015, dia merilis dua album kompilasi—genre trap yang berjudul If You're Reading This It's Too Late dan album lainnya yang berkolaborasi dengan Future berjudul What a Time to Be Alive—kedua-duanya memperoleh sertifikasi platinum di A.S.[41]
Album keempatnya yang memuatkan muzik bergenre dancehall, Views (2016), memecahkan rekor tangga lagumencapai nombor satu di Billboard 200 selama 13 minggu namun tidak berturut-turut.[42] Single kedua dari album ini yang berjudul, "One Dance", mendapat posisi teratas di beberapa negara, diantaranya AS, UK, dan Kanada. Pada saat itu, Drake berada di puncak teratas tangga lagu Billboard Hot 100 dan Billboard 200 selama delapan minggu.[43] Views mendapatkan status quadruplep latinum di AS, dan menghasilkan lebih dari 1 juta penjualan di minggu pertama saat dirilis.[44][45] Single utamanya berjudul "Hotline Bling" mendapatkan Anugerah Grammy untuk Penampilan Musik Rap Terbaik dan Singel Rap Terbaik.[46]
Pada tahun 2017, beliau merilis album kompilasinya yang berjudul More Life[47][48] yang menduduki tangga nombor satu carta lagu Billboard 200 selama tujuh kali berturut-turut.[49] Tahun berikutnya, dia merilis album ganda berjudul Scorpion yang memecahkan beberapa rekod pemainan dalam talian lalu memuncak tangga lagu untuk singel "God's Plan", "Nice for What" dan "In My Feelings".[50]
Remove ads
Filemografi
Filem
Televisyen
Diskografi
Albums studio
- Thank Me Later (2010)
- Take Care (2011)
- Nothing Was the Same (2013)
- Views (2016)
- Scorpion (2018)
- Certified Lover Boy (2021)
- Honestly, Nevermind (2022)
- For All the Dogs (2023)
Album kompilasi
- Room for Improvement (2006)
- Comeback Season (2007)
- So Far Gone (2009)
- If You're Reading This It's Too Late (2015)
- More Life (2017)
Album kolaborasi
- What a Time To Be Alive (2015) (bersama Future)
Remove ads
Jelajah
Utama
- Away from Home Tour (2010)
- Club Paradise Tour (2012)
- Would You Like a Tour? (2013–2014)
- Jungle Tour (2015; jelajah promosi enam tarikh)
- Boy Meets World Tour (2017)
- Assassination Vacation Tour (2019)
Undangan
- America's Most Wanted Tour (bersama Young Money) (2009)
- Drake vs. Lil Wayne (bersama Lil Wayne) (2014)
- Summer Sixteen Tour (bersama Future) (2016)
- Aubrey & the Three Migos Tour (bersama Migos) (2018)
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
