Dzo

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dzo
Remove ads

Dzo (Tibetan མཛོ་ mdzo) (juga dieja zo, zho atau dzho) merupakan hasil kacukan yak dan lembu ternak. Perkataan dzo sebenarnya memaksudkan jantan, manakala betina dipanggil dzomo atau zhom. Dalam bahasa Mongolia ia dipanggil khainag (хайнаг). 

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Dzomo adalah subur sedangkan dzo mandul. Oleh sebab merupakan hasil fenomena genetik kacukan heterosis (kecergasan kacukan), haiwan ini lebih besar dan kuat daripada yak dan lembu setempat.[1] Di Mongolia dan Tibet, khainag dikira lebih produktif daripada lembu atau yak dari segi penghasilan susu dan daging.[2][3]

Dzomo boleh kacuk balik. Oleh itu, boleh jadi bahawa kebanyakan yak atau lembu yang kononnya jati membawa bahan genetik satu sama lain. Di Mongolia dan Tibet, hasil kacukan khainag dengan lembu atau yak jantan dipanggil ortoom (baka tiga suku) dan ortoom yang dikacukkan dengan lembu atau yak jantan menghasilkan usan güzee (baka satu perlapan).[4]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads