Earth Intruders

From Wikipedia, the free encyclopedia

Earth Intruders
Remove ads

"Earth Intruders" ialah lagu yang ditulis dan didendangkan oleh penyanyi Iceland, Bjork. Lagu ini merupakan single pertama beliau dari album Volta. Ia merupakan kejayaan tertinggi beliau apabila lagu ini menjadi kemasukan tertingginya di carta Billboard Hot 100. Kejayaan sebelum ini termasuklah single "Big Time Sensuality" pada tahun 1993.

Fakta Segera Single oleh Björk, daripada album Volta ...
Remove ads

Video muzik

Thumb
Björk di sebalik latar belakang psychedelic.

Video muzik bagi "Earth Intruders" telah dibikin dan diarah oleh Michel Ocelot. Video ini menampilkan muka Bjork yang terbalik pada permulaan video, dan seterusnya tegak, di mana beliau menyanyi dengan mata terpejam. Sepanjang video ini terdapat juga bayang-bayang yang menunjukkan sekumpulan kaum etnik yang sedang menari (mengikut alunan lagu tersebut). Di samping itu, video ini dihiasi dengan corak 'psychedelic' yang ranggi dan bertukar-tukar. Pada akhir video ini, dapat dilihat bahawa corak ranggi telah hilang dan ditukar dengan pemandangan padang kosong. Bjork juga telah membuka matanya.

Remove ads

Senarai lagu dalam single

Single keluaran promosi

  1. "Earth Intruders" (Suntingan radio)

Single keluaran digital

  1. "Earth Intruders" (Suntingan tambahan Mark Stent)
  2. "Earth Intruders" (Remix Spank Rock)
  3. "Earth Intruders" (Mix Lexx)
  4. "Earth Intruders" (Suntingan Lexx)
  5. "Earth Intruders" (Instrumental)

Set kotak

Sebuah set kotak edisi terhad telah dikeluarkan pada 15 Januari 2008[1]. Set kotak ini mempunyai rekaan kulit yang agak berbeza daripada kulit single yang sebelumnya.

Vinil 12 inci 1

A1. "Earth Intruders" (Remix xxxchange)
B1. "Earth Intruders" (Mix Jimmy Douglas)

Vinil 12 inci 2

C1. "Earth Intruders" (Remix Lexx 12" )
D1. "Earth Intruders" (Mix Mark Stent)

Cakera padat

  1. "Earth Intruders" (Mix Mark Stent)
  2. "Earth Intruders" (Mix Jimmy Douglas)
  3. "Earth Intruders" (Suntingan radio remix Lexx)
  4. "Earth Intruders" (Remix xxxchange)
  5. "Earth Intruders" (Remix Lexx 12" )

DVD

  1. Video "Earth Intruders" yang diarah oleh Michel Ocelot.
Remove ads

Ulasan

"Earth Intruders" ialah sebuah lagu yang sangat menggembirakan dan menarik yang sebenarnya menyerupai beberapa kerja-kerja awalnya seperti "Human Behaviour" dan "Army Of Me" dengan suara yang bertenaga dan rentak berirama. Lagu ini sebenarnya lebih mudah diperolehi kepada individu yang tertarik kepada album-album awalnya namun sesat dalam album-album seterusnya yang lebih bersifat avant-garde (progresif, baru) semenjak Vespertine.

Jax Spike, About.com

Kejayaan dalam carta

Maklumat lanjut Carta, Kedudukan tertinggi ...
Remove ads

Versi serta remix

  • Versi album
  • Suntingan radio
  • Suntingan tambahan Mark Stent
  • Mix Lexx
  • Suntingan Lexx
  • Instrumental
  • Mix Jimmy Douglas

Kakitangan pembikinan

  • Penerbitan : Timothy "Timbaland" Mosley, Floyd Nathanial "Danja" Hills & Björk
  • Pengaturcaraan : Damian Taylor, Pete Davis & Björk
  • Kejuruteraan bunyi : Damian Taylor, Jimmy Douglas & Paul Watson
  • Alat kekunci : Timothy "Timbaland" Mosley
  • Bateri : Chris Corsano
  • Likembé elektrik : Konono N°1

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads