Ederson Moraes

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ederson Moraes
Remove ads

Ederson Santana de Moraes (lahir 17 Ogos 1993), ringkasnya dikenali sebagai Ederson (Portugis Brazil: [ˈɛdɛʁsõ]), ialah pemain bola sepak profesional Brazil yang beraksi sebagai penjaga gol untuk kelab Manchester City dan pasukan kebangsaan Brazil. Beliau dikenali meluas sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia kerana gaya permainannya dan penghantaran bola yang tepat kepada rakan sepasukannya.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...

Ederson memulakan kariernya di São Paulo pada tahun 2008 sebelum menyertai kelab Portugal, Benfica pada setahun kemudian dan beliau kekal di sana buat selama dua musim. Pada tahun 2012, beliau berpindah dari Ribeirão ke kelab Primeira Liga, Rio Ave dan menjadi pemain utama pasukan. Beliau telah menyertai semula Benfica pada tahun 2015 dan dimasukkan ke dalam pasukan simpanan sebelum melakukan debut bersama pasukan utama dan berjaya merangkul empat gelaran utama selama dua musim. Buat musim 2017-18, Ederson menyertai kelab Inggeris, Manchester City dengan nilai perpindahan sebanyak £35 juta sekali gus menjadi penjaga gol termahal dari segi nilai nominal paun sterling pada masa perpindahannya. Beiau kemudian menjuarai Liga Perdana dan Piala EFL pada musim sulungnya di England dan meraih treble domestik pada musim berikutnya. Secara keseluruhannya, Ederson telah memenangi lima gelaran Liga Perdana, dua trofi Piala FA Inggeris, empat Piala EFL dan Liga Juara-Juara Eropah bersama City yang termasuk sebahagian daripada kejayaan treble bersejarah pasukan pada tahun 2023.

Ederson telah melakukan penampilan sulungnya untuk Brazil pada tahun 2017. Beliau terpilih untuk menyertai skuad Brazil bagi dua edisi Piala Dunia pada tahun 2018 dan 2022 serta kejohanan Copa América pada tahun 2019 2021, dengan memenangi kejohanan itu bagi edisi 2019.

Remove ads

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 16 September 2023
Maklumat lanjut Kelab, Musim ...
  1. Termasuk Taça de Portugal, Taça da Liga, Piala FA Inggeris dan Piala EFL
  2. Penampilan di Perisai Komuniti FA
  3. Penampilan di Piala Super UEFA

Antarabangsa

Sehingga 12 September 2023[4]
Maklumat lanjut Pasukan kebangsaan Brazil, Tahun ...
Remove ads

Pencapaian

Benfica
  • Primeira Liga: 2015–16, 2016–17[4]
  • Taça de Portugal: 2016–17[4]
  • Taça da Liga: 2015–16[4]
Manchester City
Brazil
Individu
  • Pasukan Pilihan O Jogo: 2016[17]
  • Pasukan Pilihan SJPF Primeira Liga: 2016[18]
  • Penjaga Gol Terbaik LPFP Primeira Liga: 2016–17[19]
  • Liga Juara-Juara UEFA Breakthrough XI: 2017[20]
  • Pasukan Pilihan PFA Liga Perdana Inggeris: 2018–19,[21] 2020–21[22]
  • Sarung Tangan Emas Liga Perdana Inggeris: 2019–20, 2020–21, 2021–22[3]
  • Skuad Musim Liga Juara-Juara UEFA: 2020–21[23]
Remove ads

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads