Eduskunta

From Wikipedia, the free encyclopedia

Eduskunta
Remove ads

Parlimen Finland (Suomi: Suomen eduskunta, Svensk: Finlands riksdag[1]) merupakan badan perundangan terutama negara Finland yang diasaskan pada tanggal 9 Mei 1906.[2] Ia memegang kuasa rakyat negara mengikut Perlembagaan Finland.[3] Ia dianggotai 200 orang ahli: 1 wakil daripada Kepulauan Åland manakala 199 wakil yang lain dilantik setiap empat tahun hasil pilihan raya peringkat daerah[4] menggunakan kaedah d'Hondt.

Thumb
Bangunan Parlimen Finland di ibu negara Helsinki.
Remove ads

Latar belakang

Badan ini menggantikan Diet Finland (Svensk: lantdagen; Suomi: maapäivät atau valtiopäivä) dan sebelum itu Riksdag Darjat-Darjat (Riksens ständer) pada tahun 1809. Ia ditubuhkan selepas suatu Akta Parlimen tahun 1906 ketika Kerajaan Besar Finland memerintah sendiri di bawah naungan Tsar Rusia sebagai seorang Knyaz (Rusia: князь, setaraf duke). Hak mengundi sejagat mula-mula diamalkan di negara ini buat pertama kalinya di dunia. Pilihan raya umum pertama untuk badan ini diadakan pada tahun 1907.

Parlimen pada awal penubuhannya berada dalam keadaan sangat genting kerana campur tangan Nikolai II serta suatu kelompok dalam Tentera Darat Imperial Rusia pimpinan baginda - badan tersebut dibubarkan serta plihan raya umum baru diadakan setiap tahun. Parliament ini mula mendapat kuasa sebenar ia berikutan Revolution Februari 1917 yang menggulingkan pemerintahan Tsar,[5] serta kemerdekaan Finland pada tahun sama.

Remove ads

Keanggotaan

Maklumat lanjut Parti, Nama bahasa Finland ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads