Elizabeth I dari England
Ratu England; Ratu Ireland From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Elizabeth I (7 September 1533 – 24 Mac 1603) adalah ratu memerintah bagi England dan Ireland bermula pada 17 November 1558 sehingga kematian beliau.[1] Beliau kadang kala dipanggil dengan nama Ratu Perawan, Gloriana, Oriana, atau Ratu Bess Baik.[2] Elizabeth adalah raja kelima dan terakhir dari dinasti Tudor. Sebagai anak perempuan kepada Henry VIII, beliau dilahirkan sebagai seorang puteri, tetapi ibunya, Anne Boleyn, telah dihukum mati dua setengah tahun selepas kelahiran beliau, dan Elizabeth diistiharkan sebagai anak luar nikah.[3] Abang beliau, Edward VI, mewariskan takhta kepada Lady Jane Grey, memintas kakaknya daripada senarai penggantian. Wasiat beliau diketepikan, dan pada tahun 1558 Elizabeth mengantikan Mary I, yang mana semasa pemerintahan beliau telah dipenjara selama hampir setahun kerana disyaki menyokong para pemberontak Protestant.
Remove ads
Nota
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads