Emeritus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Emeritus (Jawi: ايميريتوس) ialah gelaran untuk seorang profesor, biskop atau lain-lain profesional yang sudah bersara. Emerita (Jawi: ايميريتا) pula digunakan untuk wanita tetapi kini sudah kurang digunakan. Istilah ini digunakan apabila seorang yang penting di dalam profesionnya, seperti ketua sesebuah fakulti, tetapi sudah bersara untuk membolehkan mereka terus menggunakan gelaran tersebut sampai bila-bila. Ini amat berguna untuk mengekalkan tauliah seseorang itu dalam memberi komen, ceramah, syarahan, kuliah atau menulis subjek-subjek berkenaan dengan profesion mereka walaupun sudah bersara.
Perkataan ini kebiasaannya digunakan sebagai gelaran selepas bersara tetapi sekali-sekala diberikan sebelum individu tersebut bersara. Gelaran "emeritus" diletakkan sebelum nama penerimanya.
Remove ads
Etimologi
Perkataan ini berasal daripada bahasa Latin emeritus 'selesai berkhidmat' dan wujud sejak awal abad ke-18, dengan maksud "telah selesai berkhidmat, telah cukup berkhidmat'.[1] Ia merupakan partisipel lampau bagi emerere, dan merupakan gabungan imbuhan Latin e- 'keluar' (varian untuk ex-) dan merere 'berkhidmat, menyara'.
Rujukan
Bacaan lanjut
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads