Emil von Behring
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Emil Adolf von Behring, yang dilahirkan sebagai Emil Adolf Behring (15 Mac 1854 - 31 Mac 1917), ialah seorang ahli fisiologi Jerman. Beliau mendapat Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pertama tahun 1901 atas penemuan antitoksin yang membantu membasmi penyakit difteria sehingga turut mendapat jolokan "penyelamat kanak-kanak".[1] Beliau mendapat penghormatan bangsawan Prusia pada tahun 1901, dan seterusnya dikenali oleh nama keluarga "von Behring".
Remove ads
Ringkasan hidup
Emil Adolf lahir di Hansdorf, Kreis Rosenberg, Provinsi Prsia (kini Ławice, Kaunti Iława, Poland). Beliau merupakan salah seorang daripada 13 adik-beradik Ayahnya bekerja sebagai seorang pengetua sekolah.
Meskipun keluarga beliau tidak mampu menampung kemasukan Emil ke sebarang universiti biasa, beliau masih dapat melanjutkan pendidikan perubatan di Akademi Maharaja Wilhelm (Kaiser-Wilhelm-Akademie) Berlin dari tahun 1874 sehingga 1878.[2]
Pada tahun 1895, von Behring dilantik sebagai Profesor Higenik dalam Fakulti Perubatan Universiti Marburg.
Behring meninggal di Marburg, Hessen-Nassau pada 31 Mac 1917.
Remove ads
Penerbitan
- Die Blutserumtherapie (1892)
- Die Geschichte der Diphtherie (1893)
- Bekämpfung der Infektionskrankheiten (1894)
- Beiträge zur experimentellen Therapie (1906)
- E. v. Behring's Gesammelte Abhandlungen (1915) - edisi digital didapati di Perpustakaan Universiti dan Negeri Düsseldorf.
Rujukan
Bibliografi
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
