Emmanuelle Charpentier
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Emmanuelle Charpentier (lahir 11 Disember 1968) ialah seorang ahli biokimia, mikrobiologi, dan genetik Perancis.[1] Beliau pengarah di Institut Max Plank bagi Biologi Jangkitan Berlin sejak 2015.
Pada tahun 2020, beliau menerima Hadiah Nobel dalam Kimia bersama Jennifer Doudna atas usaha mereka "dalam pengembangan dan kaedah penyuntingan genom".[3]
Remove ads
Awal hidup dan pendidikan
Emanuelle lahir di Juvisy-sur-Orge pada tahun 1968.[4] Beliau anak bongsu dari tiga adik-beradik selain dua orang kakak.[5]
Beliau mendapat pendidikannya di Universiti Pierre dan Marie Curie Paris dan berjaya mendapatkan ijazahnya dalam bidang biokimia pada tahun 1991, diikuti dengan ijazah Ph.D. dalam bidang mikrobiologi dari Institut Pasteur pada tahun 1995.[6]
Kerjaya penyelidikan
Selepas menamatkan pengajian kedoktorannya, Charpentier meneruskan penyelidikannya ke Amerika Syarikat pada tahun 1996 hingga 2002. Bandar pertama yang dilawatinya di Amerika Syarikat ialah New York dan yang kedua ialah Memphis. Selepas menamatkan penyelidikannya di Amerika Syarikat, Charpentier kembali ke Eropah dan mewujudkan satu kumpulan di Universiti Wina yang pada akhirnya menjadi Ketua Makmal Max F. Perutz.[6]
Pada tahun 2009, Charpentier berpindah ke Universiti Umeå di Sweden dan membuat sebuah projek menggunakan CRISPR yang menghasilkan sebuah penemuan mengenai peranan penting molekul RNA CRISPR pengaktivasi-trans (tracrRNA) dalam sistem imun bakteria. Dari penemuan ini, Charpentier dipertemukan dengan Jennifer Doudna dan membuat sebuah penyelidikan bersama mengenai potensi dari sistem CRISPR-Cas9 dalam kejuruteraan genetik yang kemudian didemonstrasikan pada tahun 2012.[6]
Selepas menjalankan penyelidikannya di Umeå, Charpentier kemudian berpindah ke Jerman.
Remove ads
Anugerah diraih
Dari kesemua penyelidikan yang telah dilakukan, Charpentier menerima banyak penghargaan.
- Anugerah Breakthrough dalam Sains Kehidupan,
- Anugerah Yayasan Warren Alpert,
- Hadiah Novozymes,
- Hadiah Kavli.[6]
- Hadiah Nobel dalam Kimia (bersama Jennifer Doudna)[3]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
