Enggang Afrika Timur

From Wikipedia, the free encyclopedia

Enggang Afrika Timur
Remove ads

Enggang Afrika Timur (Tockus deckeni), atau enggang Von der Decken ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia terdapat di Afrika Timur, terutamanya di sebelah timur Rengkahan Afrika Timur, dari Habsyah selatan ke Tanzania. Ia ditemui terutamanya dalam semak duri dan habitat gersang yang serupa. Enggang Kenya sering dianggap sebagai subspesiesnya. Nama binominalnya adalah sempena penjelajah Jerman Baron Karl Klaus von der Decken (1833–1865).[2]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Pemerihalan

Ia bersaiz kecil dengan bahagian atas kehitaman dan bahagian bawah dan kepala yang utamanya putih. Ia mempunyai ekor panjang dan paruh melengkung panjang tanpa cula. Ia serupa dengan spesies-spesies enggang paruh merah kecuali warna paruhnys dan ketiadaan tompok pada bulu susup sayap pada jantan dan betina.

Ia memaparkan dwibentuk jantina; betina berparuh hitam, manakala jantan berparuh merah dengan hujung santan dan sisi pemotong hitam.

Remove ads

Pembiakan

Semasa pengeraman, betina menelurkan dua atau tiga biji telur putih di dalam lubang pokok, yang dilitup dengan simen yang diperbuat daripada lumpur, najis, dan pulpa buah. Hanya ada satu bukaan sempit, cukup besar untuk jantan untuk memberikan makanan kepada betina dan anak.

Apabila anak dan betina terlalu besar untuk sarang, induk memecahkan dinding sarang dan membinanya semula. Kemudian kedua-dua induk memberi makan kepada anak.

Pembiakan kurungan boleh dicapai dengan menyediakan tong kecil atau pokok berongga dengan lubang masuk ketinggian 5 inci (13 cm) dan kelebaran 3 inci (7.6 cm). Ia akan menghalang lubang apabila betina sudah sedia.

Remove ads

Pemakanan

Ia bersifat omnivor, memakan serangga, buah-buahan, dan biji benih. Ia memakan utamanya di tanah dan akan membentuk kawanan di luar musim pembiakan. Dalam kurungan, ia akan sedia memakan betik, tembikai wangi, beri biru, pisang, dan epal. Makanan hidup seperti cengkerik dan lundi juga perlu diberi setiap hari. Ia juga sedia memakan tikus kecil tetapi hanya boleh diberi dua atau tiga kali seminggu.

Galeri

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads