Esei
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sebuah esei (dari Perancis: essai terbitan kata kerja essayer "mencuba" turunan kata Latin exagium "timbangan")[1] merupakan cebisan tulisan yang selalunya ditulis berprosa menggambarkan pandangan peribadi seseorang pengarang terhadap suatu masalah difikirkannya.[2]
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Januari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|

Suatu esei boleh merangkumi sejumlah elemen, termasuklah: kritikan kesusasteraan, manifesto politik, hujah-hujah yang dipelajari, pemerhatian mengenai kehidupan seharian yang dialami sendiri mahupun bersama masyarakat (terutamanya dalam esei berkandung pendapat),[3] ingatan, dan juga refleksi kepada seseorang pengarang.
Bentuk penulisan ini mula dimasyhurkan Michel de Montaigne dalam karya himpunan karangan beliau Essais tahun 1580.
Remove ads
Bahagian esei
Sebuah esei asas boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu:
- Pertama, pendahuluan yang berisi latar belakang maklumat yang mengenal pasti subjek bahasan dan pengantar tentang subjek yang akan dinilai oleh penulis tersebut.
- Kedua, tubuh esei yang menyajikan seluruh maklumat mengenai subjek.
- Ketiga, adalah bahagian akhir yang memberikan kesimpulan dengan menyebutkan kembali idea pokok, ringkasan dari tubuh esei, atau menambahkan beberapa pemerhatian mengenai subjek yang dinilai oleh penulis.
Remove ads
Pautan luar
- Essay eTexts at Project Gutenberg
- The New Student's Reference Work/Essay (The)
- The Dialectic Essay -- Mount Holyoke College Diarkibkan 2008-04-24 di Wayback Machine
- The Dialectical Essay: A detailed writing guide -- Sewanee University Diarkibkan 2008-03-16 di Wayback Machine
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
