Eurohound
baka silang anjing From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Eurohound[a] (juga dikenali sebagai anjing tarikan Eropah atau anjing pemburu Skandinavia) ialah sejenis anjing yang dibiakbakakan untuk perlumbaan anjing kereta luncur salji.[1] Eurohound dibiakbakakan secara bersilang daripada husky Alaska dan mana-mana daripada sebilangan baka anjing penuding, tetapi paling kerap anjing penuding berbulu pendek Jerman.[2][3][4][5][6]
Remove ads
Sejarah

Selepas Perang Dunia Kedua, perlumbaan kereta luncur salji anjing gaya skijor dan pulka menjadi semakin popular di Norway dan di negara-negara jiran di Skandinavia.[7] Gaya-gaya perlumbaan ini memerlukan pasukan kecil dan pantas yang terdiri daripada 1–4 ekor anjing yang bertanding di sepanjang jarak pendek berbukit sejauh 15–30 kilometer (9.3–18.6 bt). Dengan syarat untuk menggunakan anjing baka tulen daripada Persatuan Perlumbaan Anjing Kereta Luncur Salji Norway, anjing penuding berbulu pendek Jerman secepatnya muncul sebagai baka anjing pilihan.[7] Pada permulaan tahun 1970-an, "anjing penuding kereta luncur salji" telah muncul, iaitu anjing penuding yang dibiakbakakan untuk penarikan kereta luncur salji dan bukan perburuan.[7]
Pada tahun 1970-an, perlumbaan kereta luncur salji "gaya Nome", yang mengajuk pasukan lebih besar yang berlari di sepanjang jarak jauh dan bermalam dalam suhu di bawah sifar yang terlihat dalam perlumbaan gaya Amerika Utara, mula menarik minat di Skandinavia. Pada tahun 1974, perlumbaan kereta luncur salji gaya Nome yang pertama, iaitu Skjelbreia Sweepstakes, dianjurkan dekat dengan Oslo.[7] Untuk gaya perlumbaan ini, para musher Norway mula mengimport husky Alaska; dipopularkan oleh musher seperti Stein Havard Fjelstad dan Roger Leegaard yang mengembara ke Alaska untuk berlumba dalam Iditarod.[7] Walau bagaimanapun, sebagai baka silang prestasi, husky Alaska tidak boleh untuk perlumbaan menurut peraturan di Norway sehingga tahun 1985, iaitu apabila Persatuan Perlumbaan Anjing Kereta Luncur Salji Norway menyingkirkan syarat bahawa anjing kereta luncur salji mesti anjing baka tulen.[7]
Ketetapan baharu ini juga membuka jalan kepada para musher gaya Nordik untuk membiakbakakan anjing berprestasi terbaik mereka tanpa mengira baka, dengan musher yang mengacukkan husky Alaska, anjing penuding kereta luncur salji, dan malah grehaun untuk perlumbaan gaya Nordik sementara musher gaya Nome mula mengacukkan anjing Greenland dengan husky Alaska untuk menghasilkan anjing yang lebih sesuai untuk curahan salji lebat Skandinavia.[6] Anjing gaya Nordik mendapat kepopularan di serata Eropah dan kemudian di Amerika Utara, terutamanya dengan peningkatan kepopularan mushing tanah kering, seperti bikejoring dan canicross.[7]
Istilah "eurohound" dicipta oleh Ivana Nolke untuk membezakan anjing lumba Eropah yang diimport ke Alaska.[8]
Remove ads
Perihal

Berbanding dengan pembiakbakaan dalam bagi anjing berpenampilan serupa untuk mewujudkan baka baharu dengan penampilan tekal, eurohound dibiakbakakan untuk trait kerja spesifik dan kesihatan yang diperlukan untuk berlari dalam lumba pecut singkat berkeamatan tinggi.[2][9] Anjing asasi yang paling kerap digunakan untuk eurohound merupakan anjing penuding berbulu pendek Jerman (dan anjing penuding Inggeris), anjing penuding lain, dan husky Alaska daripada susur galur anjing pecut yang dibiakbakakan dengan ketat yang digunakan untuk perlumbaan.[2][6] Husky Alaska dipilih kerana keupayaannya untuk menarik di sepanjang jarak ekstrem dan dalam suhu bawah sifar sementara anjing penuding ialah pelumba pecut cergas dan bertenaga.[6] Grehaun dan saluki juga mungkin disilangkan dengan anjing penuding kereta luncur salji; walau bagaimanapun, anjing ini dikenali sebagai greyster. Greyster adalah popular kerana perlumbaan tanah kering dan perlumbaan salji kelas terbatas.[7]

Silangan eurohound generasi pertama (lima puluh peratus baka penuding, lima puluh peratus husky) mempunyai lapis bulu pendek, yang sesuai untuk lumba pecut, yang tidak melibatkan rehat atau tidur di laluan.[10] Eurohound lumba pecut kerap ditempatkan di ruangan dalaman atau di dalam bangsal yang dipanaskan dalam suhu di bawah sifar, sementara husky Alaska lumba pecut pula kebal terhadap kesejukan.[6] Apabila silangan generasi pertama disilangkan sekali lagi dengan husky Alaska, generasi terhasil dapat mempunyai lapis bulu lebih tebal, yang sesuai untuk pasukan jarak jauh. Kebanyakan musher jarak jauh lebih memilih genetik penuding hanya setakat 1/8 pada anjing untuk prestasi maksimum. Ini kemudian mengurangkan pengaruh eurohound dan anjing patut diistilahi silangan husky Alaska atau mixed hound.[10] Eurohound adalah lebih langsing daripada husky dan dapat mencapai kelajuan 25 miles per jam (40 km/j).[11]
Ciri agak lazim bagi silangan lima puluh peratus merupakan telinga separuh labuh, hitam dengan takik putih seperti yang tergambar, atau padu dengan tompok-tompok. Sesetengah anjing bertompok sepenuhnya juga hadir. Anjing ini mempunyai lapis bulu serupa dengan anjing penuding berbulu pendek Jerman dan kelihatan seperti anjing pemburu biasa.[2] Sebaik peratusan penuding menurun, anjing mula kelihatan lebih seperti husky Alaska.[3][2]
Remove ads
Catatan
- Jawi: يوروهاءون, Sebutan bahasa Melayu: [jurohau̯n]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
