Falling

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

"Falling" ialah lagu nyanyian Yuna Zarai yang dikeluarkan sebagai single kedua dalam album Nocturnal. Ia diterbitkan bersama oleh Yuna dan Robin Hannibal dan dikeluarkan pada 29 Oktober 2013 oleh Verve Music Group.[1]

Fakta Segera Single oleh Yuna Zarai, daripada album Nocturnal ...
Remove ads

Muzik video

Yuna dalam muzik video "Falling".

Muzik video untuk "Falling" telah dimuat naik di saluran YouTube dan Vevo rasmi Yuna pada Februari 2014.[2]

Berbeza dengan MV lagu-lagunya yang lain, Yuna memilih konsep tradisional untuk muzik video "Falling".[2] Konsep yang dimaksudkan tidak hanya dapat dilihat menerusi kemunculan seorang lelaki berwajah seperti jejaka Melayu memakai tengkolok sambil bersilat penuh gaya, tetapi peminat juga dapat mendengar irama asli digabungkan dengan muzik moden di minit-minit terawal lagu tersebut.[2][3]

Remove ads

Ulasan kritis

George O'Brien dari The Line of Best Fit mengulas bahawa "Falling" ialah "gabungan yang indah dari pemandangan dan bunyi yang membawa lagu yang bersemangat ke hadapan."[4]

Persembahan secara langsung

Pada acara penutup Sukan Para ASEAN 2017, Yuna telah mempersembahkan lagu "Falling" secara langsung pada 23 September 2017.[5]

Format dan senarai runut

  • Muat turun digital
  1. "Falling" – 4:06

Sejarah keluaran

Maklumat lanjut Negara, Tarikh ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads