Fatah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Fatah
Remove ads

Fatah (Arab: فتح, rumi: Fatḥ, lit.'Pembukaan'), sebelum ini Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Arab: حركة التحرير الوطني الفلسطيني, rumi: Ḥarakat al-Taḥrīr al-Waṭanī l-Filasṭīnī),[11] ialah sebuah parti politik kebangsaan dan demokratik sosial di Palestin. Ia merupakan kumpulan terbesar dalam badan kesekutuan pelbagai parti Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kedua terbesar dalam Majlis Perundangan Palestin (PLC). Pengerusi parti ini ialah Presiden semasa Negara Palestin, Mahmud Abbas.

Fakta Segera Pengerusi, Setiausaha agung ...

Fatah secara umumnya dianggap mempunyai penglibatan yang besar dalam usaha pembebasan Palestin yang lampau dan kekal membiayai sejumlah kumpulan pembebasan.[12][13][14][15] Fatah amat mudah dikenal pasti dengan kepimpinan pengerusi pengasasnya, Yasser Arafat, sehingga kematiannya pada 2004, dan disambung oleh Farouk Kaddoumi sehingga 2009, yang kemudiannya diganti dengan Mahmud Abbas. Sejak kematian Arafat, identiti kekumpulanan dalam kalangan gerakan yang pelbagai semakin jelas terserlah.

Pada pilihan raya umum 2006, parti ini tewas kepada Hamas dan gagal memperoleh majoriti kukuh dalam PLC. Kejayaan Hamas tersebut membawa kepada kemelut antara Fatah-Hamas, di mana Fatah kekal mengawal Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat menerusi presidennya. Fatah juga aktif mengawal kem pelarian Palestin.[16][17]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads