FELDA Bukit Jalor

From Wikipedia, the free encyclopedia

FELDA Bukit Jalor
Remove ads

FELDA Bukit Jalor merupakan salah satu kawasan tanah rancangan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di bawah FELDA Wilayah Raja Alias. Ia diteroka pada tahun 1963 dan kemasukan peneroka adalah pada tahun 1968. Kawasan FELDA Bukit Jalor terletak dalam daerah Tampin dan terletak dalam kawasan DUN Gemencheh. Pentadbiran kampung diuruskan oleh JKKK FELDA Bukit Jalor.

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Remove ads

Geografi

Kawasan ini merupakan kawasan tanah berbukit dan terdapat juga kawasan tanah rendah dan kawasan berpaya. Keadaan tanah pamah yang subur menggalakkan peneroka menjalankan aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan getah.

Demografi

Bandar yang paling hampir ialah bandar Gemencheh dan Gemas iaitu lebih kurang 15 km jaraknya. Kebanyakan penduduk akan ke Gemas atau Gemencheh untuk urusan-urusan utama atau membeli barang-barang, mengisi petrol & sebagainya. Antara kemudahan yang terdapat di bandar-bandar ini adalah seperti bank, pejabat pos, pasaraya dan banyak lagi. Pekan Air Kuning adalah altenatif lain dimana jarak antara Felda Bukit Jalor ke Ayer Kuning adalah 7 km.

Remove ads

Infrastruktur

Kampung ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan desa, sekolah rendah dan menengah, gelanggang futsal, masjid dan klinik desa.

Sekolah

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads