Fentanil
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Fentanil ialah sejenis opioid yang digunakan sebagai ubat sakit dan untuk pembiusan bersama dengan ubatan lain.[3] Fentanil juga digunakan sebagai dadah rekreasi, selalunya dicampur dengan heroin atau kokain.[5] Ia mempunyai masa mula tindakan yang pantas dan kesannya biasanya berkekal kurang daripada dua jam.[3] Dari segi perubatan, fentanil diberi melalui suntikan, semburan hidung, tampalan kulit, atau diserap melalui pipi (transmukosa) sebagai lozeng atau tablet.[3][6]
Kesan sampingan biasa termasuklah muntah, sembelit, sedasi, kekeliruan, halusinasi dan kecederaan yang berkaitan dengan koordinasi yang lemah.[3][7] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk hipoventilasi (penurunan pernafasan), sindrom serotonin, tekanan darah rendah, ketagihan, atau koma.[3][7] Fentanil berfungsi terutamanya dengan mengaktifkan reseptor μ-opioid.[3] Ia adalah sekitar 100 kali lebih kuat daripada morfin, dan beberapa analog fentanil seperti karfentanil adalah sekitar 10,000 kali lebih kuat.[8]
Fentanil pertama kali terhasil oleh Paul Janssen pada tahun 1960 dan diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1968.[3][9] Pada tahun 2015, 1,600 kilogram (3,500 lb) digunakan dalam penjagaan kesihatan secara global.[10] Setakat 2017[kemas kini] , fentanil ialah opioid sintetik yang paling banyak digunakan dalam perubatan.[11] Tampalan fentanil untuk sakit kanser terkandung pada Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[12] Pada 2016, fentanil dan analog-analognya adalah penyebab kematian yang disebabkan oleh keterlampauan dos yang paling kerap di Amerika Syarikat iaitu lebih daripada 20,000 orang, merangkumi kira-kira separuh daripada semua kematian yang berpunca dari penyalahgunaan opioid.[13][14][15] Kebanyakan kematian ini disebabkan oleh fentanil yang terhasil secara haram.[16]
Untuk satu vial per 100 mikrogram, purata kos borong di negara membangun ialah 0.66 dolar AS pada tahun 2015.[17] Pada 2017, harga di Amerika Syarikat ialah 0.49 dolar untuk jumlah yang sama.[18] Di AS, tablet 800 mcg adalah 6.75 kali lebih mahal pada 2020 berbanding lozeng.[19][20] Pada tahun 2017, ia adalah ubat ke-250 yang paling kerap dipreskripsi di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 1.7 juta preskripsi.[21][22]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads