Fibromialgia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Fibromialgia (FM) ialah keadaan perubatan yang dicirikan oleh kesakitan kronik yang meluas dan kesakitan yang bertindak balas terhadap tekanan.[3] Gejala-gejala lain termasuk keletihan sehingga kepada tahap yang menjejaskan aktiviti seharian, masalah tidur dan masalah dengan ingatan.[1] Sesetengah pesakit juga melaporkan sindrom kaki yang lenguh, masalah usus atau pundi kencing, kebas dan kesemutan serta sensitif terhadap bunyi bising, lampu atau suhu.[2] Fibromialgia sering dikaitkan dengan kemurungan, kebimbangan dan gangguan tekanan selepas trauma.[1] Jenis sakit kronik yang lain juga kerap berlaku.[1]

Fakta Segera Pengkhususan, Kaedah diagnosis ...

Punca yang menyebabkan fibromialgia adalah tidak diketahui, bagaimanapun, ia dipercayai bermula daripada faktor-faktor genetik dan persekitaran.[1][2] Keadaan ini berlaku dalam keluarga dan banyak gen dipercayai terlibat.[4] Faktor persekitaran mungkin termasuk tekanan psikologi, trauma dan jangkitan tertentu.[1] Kesakitan selalunya bermula dari sistem saraf pusat dan keadaan ini dirujuk sebagai "sindrom pemekaan pusat".[3] [1] Fibromialgia diiktiraf sebagai gangguan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan AS dan Kolej Rheumatologi Amerika.[2][5] Tiada ujian diagnostik khusus wujud untuk sakit ini.[2] Diagnosis melibatkan terlebih dahulu menolak kemungkinan penyebab lain dan mengesahkan bahawa beberapa set simptom hadir.[1][2]

Rawatan fibromialgia boleh menjadi agak sukar.[2] Doktor selalunya mengesyorkan pesakit mendapatkan tidur yang cukup, bersenam dengan kerap dan makan makanan yang sihat .[2] Terapi tingkah laku kognitif (CBT) juga boleh membantu.[1][6] Ubat duloxetine, milnacipran atau pregabalin boleh digunakan.[2] Penggunaan ubat sakit opioid adalah kontroversi, ini kerana kegunaannya kurang disokong oleh bukti [2][7] dan yang lain mengatakan bahawa opioid yang lemah mungkin munasabah jika ubat lain tidak berkesan.[8] Suplemen diet tidak disokong oleh bukti perubatan atau kajian untuk menyokong penggunaannya.[2] Walaupun fibromialgia boleh bertahan lama, ia tidak mengakibatkan kematian atau kerosakan tisu.[2]

Fibromialgia dianggarkan menjejaskan 2-8% daripada populasi.[1] Kadar pesakit wanita terjejas adalah kira-kira dua kali lebih kerap daripada lelaki.[1] Kadar jangkitan kelihatan konsisten di kawasan yang berbeza di dunia dan di antara budaya yang berbeza.[1] Fibromialgia pertama kali ditakrifkan pada tahun 1990, dengan kriteria yang dikemas kini pada tahun 2011.[1] Terdapat kontroversi mengenai klasifikasi, diagnosis dan rawatan fibromialgia.[9][10] Walaupun sesetengah merasakan diagnosis fibromialgia mungkin memberi kesan negatif kepada seseorang, penyelidikan lain mendapati ia bermanfaat.[1] Istilah "fibromialgia" berasal dari bahasa Latin Baru fibro-, bermaksud "tisu berserabut", Greek μυώ myo-, "otot", dan Greek άλγος algos, "sakit"; Oleh itu, istilah ini secara literal bermaksud "sakit otot dan tisu penghubung berserabut".[11]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads