Phoenicopteridae

keluarga From Wikipedia, the free encyclopedia

Phoenicopteridae
Remove ads

Keluarga Phoenicopteridae[2] mencakupi spesies-spesies burung randai tropika yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu. Keluarga burung tersebut satu-satunya yang wujud dalam order Phoenicopteriformes. Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Ada 4 spesies burung dalam keluarga ini yang ditemui tersebar di benua Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan, dan dua spesies tersebar di Afrika, Asia, dan Eropah.[2]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus ...

Spesies flamingo yang terbanyak adalah flamingo besar dan flamingo Amerika atau flamingo Caribbean. Flamingo besar lebih pudar warnanya dan tinggal di Eurasia, daripada kawasan timur Mediterranean ke India; dan di beberapa bahagian di Afrika. Flamingo Amerika atau flamingo Caribbean berwarna merah terang dan membiak di kawasan Caribbean, dari Yucatan dan Hindia Barat ke pesisiran pantai timur laut Amerika Selatan. Spesies ini membiak dengan baik dalam kawasan yang terkurung. Kedua-dua spesies jantan burung ini boleh mencapai tinggi 155 sm.

Remove ads

Anatomi

Thumb
Kepala-kepala sepasang burung Phoenicopterus roseus.

Burung-burung dalam keluarga ini mempunyai paruh yang bengkok untuk mengacau air; paruhnya ditarik cepat-cepat membentuk pusaran kecil yang memerangkap serangga, krustasea dan moluska kecil yang diceduk; rahang bawah paruhnya dilitupi bulu-bulu kecil (lamella) yang menapis keluar air diceduk sambil menangkap hidupan yang hendak dimakan.[3]

Taksonomi

Nama keluarga ini dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani φοινιχ phoinix "kirmizi" dan πτερόν pteron "sayap".[4]


Spesies-spesies

Maklumat lanjut Gambar, Nama saintifik ...
Remove ads

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads