Fluorida

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Fluorida adalah anion florin ekaatom yang tidak organik dengan formula kimia F. Fluorida merupakan anion fluorin yang paling mudah. Garam dan mineral terbitannya merupakan reagen (bahan uji) kimia penting dalam industri bahan kimia, terutamanya dalam pembuatan hidrogen fluorida untuk fluorokarbon. Ion fluorida menyerupai ion hidroksida dari segi cas dan saiz. Ion fluorida wujud di bumi dalam beberapa mineral, terutama fluorit, tetapi ia hanya hadir dalam jumlah yang surih di dalam air. Fluorida mempunyai rasa pahitnya yang tersendiri, dan ia tidak memberikan warna kepada garam terbitannya.

Maklumat lanjut Pengecam, Sifat ...
Remove ads

Kejadian

Fluorida hadir secara semulajadi dalam kepekatan rendah ketika minum air dan makanan dan air yang diambil datangnya daripada (hujan/sungai) permukaan. Air yang didapati dari sumber-sumber ini umumnya mengandungi antara 0.01–0.3 bahagian per juta (bpj).[3] Kepekatan air tanah berbeza-beza bergantung pada komposisi tanah persekitaran; misalnya bawah 0.05 bahagian per juta di sesetengah kawasan di Kanada kepada 2800 mg/liter, meskipun kepekatan melebihi 10 mg/liter amatlah jarang.[4]

Remove ads

Sifat kimia

Kebesan

Fluorida boleh bertindak sebagai bes. Ia boleh bergabung dengan proton (
H+) di mana:

Tindak balas peneutralan ini merupakan hidrogen florida (HF), asid konjugat fluorida.

Dalam larutan, fluorida mempunyai nilai pKb sebanyak 10.8. Hal ini menjadikannya bes lemah, dan cenderung tetap sebagai ion fluorida yang tidak menghasilkan sejumlah besar hidrogen fluorida. Oleh itu, keseimbangan berikut memihak kepada sebelah kiri di dalam air:

Bagaimanapun, setelah fluorida terdedah kepada kelembapan pada masa yang lama, garam fluorida mudah larut akan terurai menjadi komponen oksida dan hidroksidanya, dengan melepasnya hidrogen fluorida. Fluorida adalah berbeza dalam hal ini antara halida. Identiti pelarut boleh mempunyai kesan dramatis pada keseimbangan beralih ke sebelah kanan, sangat meningkatkan kadar penguraian.

Remove ads

Pengambilan seharian yang dianggarkan

Pengambilan fluorida seharian boleh berubah jauh bergantung kepada pendedahan seseorang kepada sumber fluorida. Julat nilai dari 0.46 hingga 3.6–5.4 mg/hari telah dilaporkan dalam beberapa kajian (IPCS, 1984). Kawasan-kawasan di mana bekalan airnya dirawat dengan fluorida boleh diharapkan menjadi sumber penting bahan tersebut, bagaimanapun ia juga boleh didapati secara semulajadinya dalan pelbagai jenis makanan dengan kepekatan yang berbeza.[5] Sukatan pengambilan fluorida harian maksimum yang selamat adalah 10 mg untuk orang dewasa.

Maklumat lanjut Bahan makanan, Fluorida (mg setiap 100 g) ...

Data diambil daripada Pangkalan Data Nutrisi Kebangsaan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads