Foder

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Foder atau pakan merupakan sesuatu bahan makanan asas tani yang digunakan khusus untuk memberi makan ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kuda, ayam dan sebagainya. Kebanyakan foder ini asal tumbuhan, tetapi ada juga yang asal haiwan. "Foder" khusus memaksudkan makanan yang diberikan kepada haiwan (termasuk tumbuhan yang dipotong lalu diangkut kepada haiwan), daripada yang dicari makan sendiri (iaitu foraj). Antaranya ialah rumput kering, jerami, silaj, pakan mampat dan untilan, minyak-minyakan dan catuan campur, dan tunas biji-bijian dan kekacang.

Remove ads

Contoh tumbuhan foder

Thumb
Bandela-bandela rumput kering
Thumb
Timbunan bandela Newton of Cawdor, foder berbau manis yang disimpan untuk musim sejuk
Thumb
Foder potong segar yang sedang diangkut kepada lembu di Tanzania
Remove ads

Jenis foder

Thumb
Pelbagai jenis foder kekacang (kiri) dan rumput (kanan)
  • Tumbuhan foraj awet: rumput kering dan silaj
  • Pakan sebatian dan pracampur, dalam bentuk until, kekeras atau hampas
  • Sisa tanaman: stover, kopra, jerami, sekam, sisa bit gula
  • Tepung ikan
  • Rumput potong segar dan lain-lain tumbuhan foraj
  • Mil daging tulabg (kini dilarang di kebanyakan negara kerana ancaman BSE)
  • Molases
  • Oligosakarida
  • Rumpai laut
  • Benih dan bijian, sama ada tulen mahupun siap ditumbuk, dikisar dsb.
  • Tunas bijian dan kekacang
  • Sari yis (sisa yis pembuat arak)
  • Rumput hijau tempatan
  • Bran
  • Campuran sebatian
  • Hampas biji minyak (biji kapas, kesumba, bunga matahari, kacang soya, kacang tanah)
  • Jagung hijau
  • Betari hijau
  • Kacang kuda
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads