Ford Model T
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ford Model T (juga dikenali dengan nama timangan Tin Lizzie, T‑Model Ford, atau T) ialah sejenis kereta yang dikeluarkan oleh Ford Motor Company milik Henry Ford mulai September 1908 hingga Oktober 1927.[1] Ia dianggap ramai sebagai kereta bermotor mampu beli yang sulung, iaitu kereta yang membolehkan warga kelas menengah berjalan jauh; berkat daripada inovasi Ford, termasuk pengeluaran secara barisan pemasangan sebagai ganti pembuatan dengan tangan secara individu.[2] Ford Model T dinamai sebagai kereta yang paling berpengaruh di dunia pada abad ke-20 mengikut satu tinjauan antarabangsa.[3]
Berkat daripada Model T, tahun 1908 merupakan tahun bersejarah kerana kereta bermotor mulai menjadi laris. Model T keluaran pertama dikilangkan pada 12 Ogos 1908[4] dan dikeluarkan pada 27 September 1908, di Piquette Plant di Detroit, Michigan. Pada 26 Mei 1927, Henry Ford menyaksikan kereta Model T yang ke-15 juta keluar dari barisan pemasangan kilangnya di Highland Park, Michigan.[5]
Terdapat beberapa kereta yang dihasilkan atau diprototaipkan oleh Henry Ford sejak penubuhan syarikatnya pada tahun 1903 sehingga lahirnya Model T. Walaupun beliau bermula dengan Model A, namun bukannya ada 19 model pengeluaran (A hingga T); ada di antaranya sekadar prototaip. Model pengeluaran yang mendahului Model T secara langsung ialah Model S,[6] iaitu versi naik taraf kepada keluaran Ford yang paling berjaya setakat itu, iaitu Model N. Model T disusuli oleh Ford Model A, bukan Model U. Menurut kenyataan umum syarikat, ini adalah kerana Model T sungguh jauh menyimpang dari model-model lama, maka Henry hendak bermula dengan huruf A semula.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads