Frappuccino
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Frappuccino ialah sejenis minuman kopi campuran sejuk bertanda dagang milik Starbucks Corporation. Ia terdiri daripada suatu asas kopi atau crème yang dicampur dengan ais atau bahan lain seperti krim putar atau sos pelbagai perisa.
Remove ads
Asal-usul
Nama frappuccino menggabungkan istilah "frappe", suatu perkataan bahasa Inggeris New England merujuk kepada susu kocak yang dicampur dengan aiskrim, dan cappuccino, sejenis kopi espresso yang dicampur bersama susu yang membusa. Istilah ini ditandadagangkan di kota Boston, Massachusetts[1][2] di mana "frappe" (disebut "frap", pinjaman istilah bahasa Perancis frappé[3]) merujuk kepada suatu susu kocak pekat dicampur dengan aiskrim.[2]
Minuman ini datangnya daripada syarikat francais The Coffee Connection di timur negeri Massachusetts hasil ciptaan Andrew Frank, seorang pekerja di kedai kopi tersebut.[2] Syarikat ini dibeli Starbucks pada tahun 1994 seterusnya memperolehi hak menggunakan, memiliki serta menjual minuman tersebut.[2]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads