Freundel Stuart
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Freundel Jerome Stuart (lahir c. 1951) merupakan Perdana Menteri Barbados yang ketujuh.[1][2] Beliau mengambil alih jawatan David Thompson yang meninggal dunia akibat barah pankreas pada 23 Oktober 2010.[3][4] Beliau merupakan ahli Parti Buruh Demokratik (DLP).
Remove ads
Biografi
Kehidupan dan kerjaya awal
Stewart lahir di Saint Philip, Barbados.[5] Beliau merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan yang mengkaji sosiologi di kampus Universiti Hindia Barat di Cave Hill Campus di Barbados.[6]
Beliau sendiri juga merupakan lepasan Universiti Hindia Barat yang memegang ijazah sains politik dan undang-undang.[6] Beliau merupakan seorang peguam yang berpraktikkan undang-undang jenayah dan korporat.[6]
Kerjaya politik
Freundel Stuart merupakan seorang penyokong setia Parti Buruh Demokratik yang pernah berkhidmat sebagai Presiden parti. Beliau mewakili kawasan parlimen St. Michael South.
Perdana Menteri
Stuart bertugas sebagai pemangku Perdana Menteri Barbados sejak Mei 2010 apabila David Thompson uzur akibat barah pankreas.[6] Thompson meninggal dunia akibat penyakit itu pada 23 Oktober 2010.[5] Para pemimpin Parti Buruh Demokratik mengadakan mesyuarat gempar di ibu pejabat parti di George Street, Bridgetown pada pagi hari pemergian Thompson, untuk melantik Stewart sebagai Perdana Menteri.[5]
Freundel Stewart mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Barbados yang ketujuh pada 23 Oktober 2010, di hadapan Gabenor Jeneral Clifford Husbands.[5]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

