My Little Pony: Friendship Is Magic
Dia Juga Di Tayangkan di Astro Ceria dan Boomerang Dalam Bahasa Melayu From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
My Little Pony: Friendship Is Magic ialah sebuah siri animasi televisyen kanak-kanak yang diterbitkan oleh Hasbro Studios dan DHX Media Vancouver. Siri ini berdasarkan keluaran mainan dan karya animasi My Little Pony oleh Hasbro dan kerap dirujuk oleh para pengumpul sebagai generasi keempat atau "G4" bagi francais My Little Pony. Siri ini disiarkan pertama kali pada 10 Oktober 2010 di saluran kabel The Hub. Hasbro memilih juruanimasi Lauren Faust sebagai pengarah kreatif dan penerbit eksekutif untuk rancangan ini. Faust ingin mencabar sifat dasar yang sudah wujud bagi My Little Pony dengan mewujudkan lebih watak berkedalaman dan latar yang lebih bersifat pengembaraan.
Rancangan televisyen ini mengikuti seekor poni unikorn yang rajin yang bernama Twilight Sparkle sambil dibimbing oleh pengajarnya Princess Celestia untuk mempelajari persahabatan di bandar Ponyville. Twilight menjadi sahabat rapat dengan lima ekor poni lain: Applejack, Rarity, Fluttershy, Rainbow Dash, dan Pinkie Pie. Setiap ekor poni mewakili aspek persahabatan yang berlainan, dan Twilight menemui bahawa dirinya sendiri merupakan sebahagian penting kepada artifak magis yang dikenali sebagai "Elemen Harmoni". Poni-poni berkenaan mengembara dan membantu yang lain di sekitar Equestria sementara menyelesaikan masalah yang bangkit dalam persahabatan mereka.
Siri ini telah berjaya dengan besar secara komersial, menjadi terbitan asli paling terkadar dalam sejarah penyiaran The Hub Network dan membawa kepada peluang pembarangan baharu untuk Hasbro, termasuk buku, pakaian, kad pertukaran boleh kumpul, dan komik. Sungguhpun kelompok sasaran merupakan kanak-kanak perempuan, Friendship Is Magic juga telah mendapat ikutan penonton lebih tua, terutamanya lelaki muda dan berumur pertengahan, yang mengenali diri mereka sebagai "brony". Sesetengah bahagian daripada rancangan televisyen ini telah menjadi sebahagian daripada budaya remix, dan telah membentuk asas kepada pelbagai meme Internet. Sebuah siri filem cetera terbitan turunan, My Little Pony: Equestria Girls, telah dibikin dan ditayangkan di pawagam-pawagam secara terhad sebelum penyiaran televisyen dan pengeluaran media rumah. Sebauh filem cetera yang terus berdasarkan siri ini, dan terpisah daripada jenama Equestria Girls, telah diumumkan untuk keluaran di pawagam pada 3 November 2017. My Little Pony: Pony Life, siri komedi spin-off, ditayangkan di Discovery Family pada November 2020
Remove ads
Pelakon suara & watak
Remove ads
Lihat juga
- My Little Pony
- Hasbro Studios
- Snider, Brandon T. (2013). My Little Pony: The Elements of Harmony: Friendship is Magic: The Official Guidebook. Little, Brown Books for Young Readers. ISBN 978-0-316-24754-2.
- Begin, Mary Jane (2015). My Little Pony: The Art of Equestria. Abrams. ISBN 978-1-4197-1577-8.
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads