G-Eazy
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gerald Earl Gillum (lahir 24 Mei 1989), lebih dikenali sebagai G-Eazy, ialah seorang penyanyi rap Amerika Syarikat.[2]
Album label utama pertamanya, These Things Happen, dikeluarkan pada 23 Jun 2014, dan menduduki di nombor 3 di Billboard 200 Amerika Syarikat. Album studio keduanya, When It's Dark Out, dikeluarkan pada 4 Disember 2015. Album kedua menampilkan single "Me, Myself & I", yang mencapai top 10 di Billboard Hot 100 Amerika Syarikat. Album ketiganya, The Beautiful & Damned, dikeluarkan pada 15 Disember 2017,[3] menampilkan "No Limit" yang mencapai #4 dari Billboard Hot 100 Amerika Syarikat. EP B-Sides miliknya, dikeluarkan pada 27 Jun 2019 (diperbaharui pada 22 Ogos dan 19 September 2019).[4]
Remove ads
Kehidupan awal
Kedua ibu dan bapanya - seorang profesor seni di CSU Fresno - bercerai semasa Gerald usia 6 tahun.[5] Gerald tinggal bersama datuk-neneknya di Berkeley, California. Mereka kemudian berpindah ke North Oakland, meskipun Gillum terus bersekolah di Berkeley.
Kerjaya muzik
Gillum bersekolah di Loyola University New Orleans dan tamat belajar pada tahun 2011.[6] Semasa pengajian inilah beliau menceburi pekerjaan sebagai penerbit rakaman bersama seorang rakan sepengajiannya;[7][8] beliau terkenal dalam medan seni hip hop East Bay Area yang turut merangkumi artis-artis lain seperti Lil B, Crohn dan The Cataracs.[9][10] Beliau menganggotai suatu grup hip hop bernama "The Bay Boyz" yang ada muncul dalam Myspace.[11]
Pada tahun 2010, G-Eazy diberi peluang membuat persembahan pembuka untuk seberapa artis terkenal termasuk Lil Wayne[12] dan Snoop Dogg.[13][14][15]
Remove ads
Diskografi
Filemografi
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads