Gambia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gambia
Remove ads

Gambia (bahasa Mandinka: Kambiya ߞߊ߲ߓߌߦߊ߫; Wolof: Gámbi, [Gambi 𞤘𞤢𞤥𞤦𞤭] Error: {{Lang-xx}}: Non-latn text (pos 7: 𞤘)/Latn script subtag mismatch (help)) atau nama rasminya dikenali Republik Gambia (bahasa Inggeris: Republic of Gambia) ialah negara terkecil di benua Afrika. Ia suatu enklaf terletak di hujung Afrika Barat dikelilingi pada bahagian utara, timur, dan selatan oleh Senegal serta mempunyai pantai yang pendek Lautan Atlantik di sebelah barat. Sempadan Gambia lebih kurang menepati laluan Sungai Gambia yang mengalir merentasi bahagian tengah negara ke Lautan Atlantik. Saiznya sekitar 10,500 km², dengan jumlah penduduk sebanyak 1.7 juta orang. Banjul ialah ibu negara Gambia, tetapi konurbasi yang terbesar masih merupakan Serrekunda.

Fakta Segera Republik GambiaThe GambiaKambiya ߞߊ߲ߓߌߦߊ߫GámbiGambi 𞤘𞤢𞤥𞤦𞤭, Ibu negara ...

Pada 18 Februari 1965, Gambia diberi kemerdekaan oleh United Kingdom lalu menyertai Negara-Negara Komanwel, sehinggalah ia menarik diri pada Oktober 2013. Gambia berkongsi asal sejarah yang sama dengan banyak negara Afrika Barat, dengan perdagangan abdi merupakan faktor utama dalam pengasasan sebuah tanah jajahan di Sungai Gambia, mula-mulanya oleh orang Portugis dan kemudiannya oleh orang British. Sejak mencapai kemerdekaan, Gambia telah menghayati kestabilan, kecuali suatu tempoh pemerintahan tentera yang singkat pada 1994.[6]

Gambia ialah negara yang kaya dengan pertanian, dengan ekonominya dikuasai oleh pertanian dan penternakan, perikanan, serta pelancongan. Hampir sepertiga jumlah penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa sebanyak AS$1.25 sehari.[7]

Remove ads

Penamaan

Nama "Gambia" datang sama ada daripada panggilan sungai Gambia dalam bahasa Mandinka term Kambra/Kambaa ataupun daripada suatu alat labu dimainkan orang Serer dalam perkabungan iaitu Gamba.[8] Negara ini merdeka tahun 1965 dengan nama Inggerisnya The Gambia, ia diisytiharkan sebagai suatu republik dalam alam Komanwel tahun 1970 di bawah nama "Republik Gambia" (Republic of The Gambia).[9]

Nama rasminya pernah ditukar kepada "Republik Islam Gambia" (Islamic Republic of The Gambia) semasa pemerintahan Yahya Jammeh pada Disember 2015, namun ditukar kembali kepada nama asal pada 29 Januari 2017 dengan naiknya Adama Barrow sebagai presiden.

Remove ads

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Gambia

Politik dan Kerajaan

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik Gambia

Daerah

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah Gambia

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Gambia

Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Gambia

Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Gambia

Budaya

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads