Gang Starz (musim 1)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gang Starz merupakan sebuah program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian secara berkumpulan yang terbaik dari negara-negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura pada musim pertama kali ini. Disiarkan sebanyak 19 episod bermula pada 11 Februari 2007, pada setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3.
Remove ads
Format rancangan
Gang Starz adalah merupakan sebuah program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian berkumpulan yang disertai oleh tiga buah negara dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura pada musim pertama, dan diikuti dua lagi negara iaitu Filipina dan Thailand pada musim kedua. Program ini memberikan ganjaran wang tunai sebanyak USD 100,000 (RM350,000) kepada juaranya.
Persembahan
Kesemua kumpulan ini akan bertanding setiap minggu dihadapan barisan juri tetap dan juri jemputan. Persembahan mereka akan dinilai dan dikomen oleh barisan juri tersebut.
Format undian & permarkahan
Pertandingan ini menggunakan sistem permarkahan daripada juri iaitu sebanyak 50%, manakala 50% lagi adalah hasil undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap kali konsert mingguan berlangsung. Kumpulan yang mendapat markah dan undian terendah setiap minggu akan disingkirkan.
Remove ads
Senarai peserta
Ringkasan konsert
Hadiah
- Juara
- Wang tunai AS$ 100,000.00 (RM350,000.00)
- Trofi Gangstarz
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads