Get logik

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Get logik adalah litar-litar elektronik yang digunakan untuk menjalankan operasi logik bagi satu atau lebih masukan logik tetapi hanya menghasilkan satu keluaran logik.

Fakta Segera

Setiap masukan dan keluaran yang terhasil daripada get-get logik akan dijadualkan dan jadual ini digelar jadual kebenaran.

Remove ads

Jenis-jenis get

Terdapat beberapa jenis get logik iaitu

  • TAK — menghasilkan keluaran yang terbalik dengan masukannya. Get ini hanya menerima satu masukan sahaja.
  • ATAU — get ini akan menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya mana-mana masukannya adalah tinggi dan hanya akan menghasilkan keluaran RENDAH sekiranya semua masukan adalah RENDAH.
  • DAN — operasi get ini adalah berlawanan dengan get ATAU. Ia hanya akan menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya semua masukannya adalah TINGGI. Keluaran adalah RENDAH sekiranya salah satu daripada masukannya adalah RENDAH.
  • TAKATAU — operasi get TAKATAU adalah berdasarkan operasi ATAU tetapi keluarannya adalah terbalik.
  • TAKDAN — opersasinya sama dengan operasi get DAN, tetapi keluarannya dibalikkan.
  • X-ATAU — get logik ini akan menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya masukan-masukannya adalah berbeza antara satu sama lain dan keluaran RENDAH sekiranya kesemua masukannya adalah serupa.
  • X-TAKATAU — operasinya adalah mengikuti operasi X-ATAU cuma keluaranya adalah terbalik. Ia akan mengeluarkan TINGGI sekiranya masukan adalah bersamaan dan RENDAH sekiranya mereka berbeza.
Remove ads

Jadual kebenaran

Get logik asas

Berikut adalah jadual kebenaran bagi setiap get-get logik asas

Maklumat lanjut , ...
Remove ads

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads