Gram
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gram (bahasa Greek/Latin: grámma), dengan simbol g, ialah unit jisim.

Pada asalnya ditakrifkan sebagai "berat mutlak untuk air tulen yang sama dengan kuasa tiga satu perseratus meter pada suhu ais mencair" [1] (kemudiannya 4 °C), satu gram kini ditakrifkan sebagai satu perseribu kilogram, unit asas SI, atau 1×10−3 kg yang pada dirinya ditakrifkan sebagai sama dengan jisim sebuah prototaip fizikal yang dikekalkan oleh Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa.
Remove ads
Contoh
Kesemua jisim yang berikut adalah anggaran:
- Tutup pen plastik (Bic): 1 gram
- Sebiji gula-gula Smartie: 1 gram
- Satu sudu teh gram: 4.745 gram
- Klip kertas: 0.5 - 1.5 gram
- Sehelai kertas A4 yang biasa: 5 gram
- 1 wang kertas Amerika Syarikat (mana-mana peringkat nilai): 1 gram [2]
- 1 nikel Amerika Syarikat: 5 gram (amat tepat ketika masih baru) [3]
Singkatan-singkatan yang lain
Gram kekadang disingkatkan sebagai 'gm' atau 'gr'. Bagaimanapun, singkatan yang sah ialah 'g', dan bukannya 'gm' atau 'gr'.
Sejarah
Gram ialah unit asas untuk jisim dalam sistem metrik Perancis yang asal, serta juga untuk Sistem unit sentimeter-gram-saat (CGS). Perkataan "gram" berasal daripada perkatan Latin Akhir, gramma, yang membawa pengertian berat kecil.
Kegunaan
Pada hari ini, gram digunakan dengan paling meluas sebagai satu unit ukuran untuk ramuan-ramuan bukan cecair bagi tujuan memasak-masak serta untuk membeli barang runcit di seluruh dunia. Untuk barang-barang makanan yang biasanya dijual dalam jumlah yang jauh kurang daripada 1 kg, harga unit biasanya diberikan untuk setiap 100 g.
Kebanyakan piawai dan keperluan undang-undang untuk label pemakanan bagi barang-barang makanan memerlukan kandungan-kandungan relatifnya dinyatakan untuk setiap 100g barang tersebut agar angka-angkanya boleh juga dibaca sebagai peratusan.
Remove ads
Faktor pertukaran
- 1 grain = 0.06479891 gram
- 1 aun avoirdupois = 28.349523125 gram
- 1 auns troy = 31.1034768 gram
Lihat juga
- Gram emas
- Pertukaran unit
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads