Grand Prix Bahrain 2006

From Wikipedia, the free encyclopedia

Grand Prix Bahrain 2006map
Remove ads

Grand Prix Bahrain 2006 (nama rasmi: III Gulf Air Bahrain Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir, Bahrain pada 12 Mac 2006. Ia merupakan perlumbaan pertama dalam kalendar Formula Satu musim 2006, dan merupakan Grand Prix Bahrain yang ketiga. Perlumbaan ini, yang dipertandingkan sebanyak 57 pusingan ini dimenangi oleh Juara Dunia tahun 2005, Fernando Alonso, dari pasukan Renault. Pemandu Ferrari, Michael Schumacher, memulakan musim terakhirnya dalam Formula Satu, (sebelum beliau kembali untuk menyertai pasukan Mercedes pada tahun 2010) mendapat tempat kedua. Kimi Räikkönen, dari pasukan McLaren, mendapat tempat ketiga, walaupun bermula dari tempat terakhir.

Fakta Segera Maklumat perlumbaan, Petak pertama ...

Ini merupakan perlumbaan Grand Prix yang pertama bagi Nico Rosberg, anak kepada Juara Dunia, Keke Rosberg, yang berlumba dengan pasukan Williams. Beliau menetapkan masa pusingan terpantas perlumbaan, dan masih memegang rekod untuk menjadi pemandu termuda untuk berbuat demikian, pada usia 20 tahun dan 144 hari. Ini juga merupakan perlumbaan pertama bagi pasukan Toro Rosso, Midland F1, dan Super Aguri, dan pemandu, Scott Speed dan Yuji Ide.

Remove ads

Laporan

Sesi latihan

Pemandu hari Jumaat

Pasukan enam terbawah pada musim 2005, dan Super Aguri, dibenarkan untuk menguji kereta ketiga mereka pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat. Pemandu berikut memandu pada hari Jumaat, namun tidak mengambil bahagian dalam sesi kelayakan dan perlumbaan.

Maklumat lanjut Pengeluar, Negara ...
Remove ads

Klasifikasi

Kelayakan

Maklumat lanjut Ked, Negara ...

Perlumbaan

Thumb
Upacara podium selepas perlumbaan.
Maklumat lanjut Ked, No ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads