Formula Satu musim 2006

From Wikipedia, the free encyclopedia

Formula Satu musim 2006
Remove ads
Remove ads

Formula Satu musim 2006 merupakan Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA musim ke-57. Musim ini bermula pada 12 Mac dan berakhir pada 22 Oktober selepas lapan belas perlumbaan. Kejuaraan Pemandu Dunia telah dimenangi oleh Fernando Alonso dari pasukan Renault F1, dan Alonso menjadi juara dunia berganda yang termuda pada masa tersebut. Michael Schumacher dari pasukan Scuderia Ferrari, menamatkan musim sebagai naib juara, tiga belas mata di belakang Alonso. Renault mempertahankan Kejuaraan Pengeluar mereka, dan mengalahkan Ferrari dengan hanya lima mata.

Thumb
Fernando Alonso, memenangi Kejuaraan Pemandu buat kali kedua bersama Renault.
Thumb
Michael Schumacher dan Ferrari gagal memenangi kejuaraan pemandu dan pengeluar pada perlumbaan terakhir.
Kejuaraan Dunia FIA Formula Satu musim 2006
Sebelum: 2005 Seterusnya: 2007
Indeks: Perlumbaan mengikut negara | Perlumbaan mengikut musim
Portal Portal Formula Satu
Remove ads

Pemandu dan pengeluar

Berikut ialah pasukan dan pemandu yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA 2006.

Maklumat lanjut Pasukan, Pengeluar ...

Pertukaran pemandu

Pada permulaan musim

Semasa musim dijalankan

  • Selepas Grand Prix San Marino, lesen super pemandu Super Aguri, Yuji Ide, telah dibatalkan oleh FIA dan Ide tidak boleh lagi berlumba dalam Formula Satu. Beliau telah digantikan oleh pemandu simpanan, Franck Montagny, untuk perlumbaan seterusnya.
  • Super Aguri mengupah Sakon Yamamoto untuk menjadi pemandu ketiga mereka dari Grand Prix British dan seterusnya, dan mengisi kerusi perlumbaan kosong yang telah ditinggalkan oleh Montagny.
  • Selepas Grand Prix Amerika Syarikat, Montoya mengumumkan bahawa beliau akan bertanding dalam NASCAR untuk musim 2007 dan akan meninggalkan McLaren. Pada hari berikutnya, McLaren mengumumkan bahawa Montoya akan digantikan oleh pemandu ujian mereka, Pedro de la Rosa.
  • Sakon Yamamoto dan Franck Montagny bertukar tempat di Super Aguri dari Grand Prix Jerman dan seterusnya.
  • Robert Kubica mengantikan Jacques Villeneuve di Grand Prix Hungary, mungkin disebabkan oleh kecederaan Villeneuve selepas mengalami kemalangan di Grand Prix Jerman.[1] Pada hari selepas GP Hungary (7 Ogos 2006), BMW Sauber mengumumkan bahawa Villeneuve telah meninggalkan pasukan berkuat kuasa serta-merta, dan digantikan oleh Kubica bagi baki perlumbaan pada musim ini.[2]
  • Pemandu Formula 3 German, Sebastian Vettel menjadi pemandu ketiga BMW Sauber mulai Grand Prix Turki, dengan menggantikan Kubica yang telah dinaikkan pangkat kepada pemandu perlumbaan sepenuh masa.
  • Pada 11 September 2006, Red Bull Racing mengumumkan bahawa pemandu ketiga/ujian pasukan, Robert Doornbos, akan menggantikan Christian Klien untuk tiga perlumbaan terakhir pada tahun ini.[3] Bagi perlumbaan di China dan Jepun, Michael Ammermüller mengantikan Doornbos sebagai pemandu ketiga.[4]
  • Spyker MF1 mengumumkan dua pemandu ketiga yang baru untuk dua perlumbaan terakhir pada tahun ini. Pemandu GP2 Series, Alexandre Prémat dan Ernesto Viso memandu pada sesi latihan bebas di China dan Brazil masing-masing; Adrian Sutil menguji kereta di Jerman dan Perancis, dan Jepun.[5]
  • Pada hari ujian di Litar Silverstone pada bulan September, pemandu GP2 Series, Lewis Hamilton, Nelson Piquet, Jr, dan Adrian Valles melaksanakan tugas ujian untuk pasukan McLaren, Renault dan Midland F1, masing-masing. Franck Montagny pula menguji untuk pasukan Toyota.
Remove ads

Jadual perlumbaan Formula Satu 2006

Grand Prix Australia diadakan lebih lewat daripada tarikh biasa untuk mengelakkan pertembungan dengan Sukan Komanwel 2006. Untuk kali pertama, Bahrain menjadi hos untuk Grand Prix pertama. Brazil menjadi hos untuk perlumbaan terakhir, manakala Jepun dan China bertukar tarikh sesama sendiri.

Maklumat lanjut Pusingan, Tajuk perlumbaan ...
Remove ads

Perubahan

Enjin

Perubahan ketara kepada peraturan Formula Satu diperkenalkan pada 2006. Ini merupakan cubaan untuk menghalang peningkatan aras kuasa engin pada kebelakangan ini, sesaran maksimum enjin telah dikurangkan dari 3.0 liter ke 2.4 dan jumlah silinder dari 10 ke 8. Pada kelajuan enjin serupa, perubahan adalah dijangkakan untuk mengurangkan kuasa puncak sekitar 200 bhp, yang akan menyamakan sekitar tiga hingga lima saat pada masa pusingan di kebanyakan litar. (Scuderia Toro Rosso terus mengunakan enjin 3.0 liter 10-silinder dengan rev limiter, bagi mengelakkan kos mengubah suai kereta mereka dalam satu tempoh yang singkat). Percubaan pertama menunjukkan engin baru adalah enam saat lebih perlahan daripada V10 terdahulu, tetapi pada awal musim ia menjadi jelas yang walaupun pengurangan dalam kuasa, namun masa pusingan tidak jauh berbeza daripada masa 2005; di sesetengah litar, masa pusingan paling pantas dicatatkan tahun ini adalah sebenarnya lebih pantas daripada yang direkodkan tahun lepas, dengan enjin V10.

Segelintir pembekal engin menunjukkan V8 mereka yang lebih kecil boleh rev lebih tinggi daripada normal 19,000 rpms untuk spesifikasi V10 2005. Pengeluar enjin Cosworth berpangkalan di Northampton telah mencatatkan satu rekod kejayaan sangat baik dengan enjin V8. Ia membuat sejarah seterusnya dengan menjadi pengeluar pertama untuk telah mencapai had 20,000 rpm di litar pada Disember 2005.

Tayar

Perubahan tayar kembali ke Formula Satu pada 2006. Setiap pemandu diberi 14 set tayar pada minggu perlumbaan. Ini terdiri daripada tujuh set tayar cuaca kering (dry-weather tyres), empat set tayar cuaca basah (wet-weather tyres) dan tiga set tayar cuaca extreme (extreme-weather tyres). Sebab perubahan adalah saiz engin yang berkurangan boleh mempengaruhi prestasi.[6]

Sesi latihan

Cuma satu sesi latihan bebas diadakan pada Sabtu, untuk satu jam, dan ia berakhir tidak kurang daripada dua jam sebelum kelayakan bermula, biasanya di antara 11.00 dan 12.00, menggantikan sistem lama yang mempunyai dua sesi selama 45-minit. Jumaat kekal tidak berubah, dengan dua sesi selama satu jam, bermula selang tiga jam.

Remove ads

Keputusan dan kedudukan

Grand Prix

Maklumat lanjut Pusingan, Grand Prix ...

Pemandu

Maklumat lanjut Ked, Pemandu ...

Pemandu tidak menamatkan Grand Prix, tetapi diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.

Pengeluar

Maklumat lanjut Ked, Pengeluar ...

Nota: Mata kejuaraan diberikan berdasarkan 10–8–6–5–4–3–2–1 untuk lapan tempat teratas pada setiap perlumbaan.[7] Jika dua atau lebih pemandu atau pengeluar mempunyai jumlah mata yang sama (termasuk 0 mata), kedudukan mereka dalam Kejuaraan akan ditetapkan mengikut keputusan terbaik mereka.[8] Di bawah sistem ini, satu tempat pertama adalah lebih baik daripada apa-apa bilangan tempat kedua, satu tempat kedua adalah lebih baik daripada apa-apa bilangan tempat ketiga, dan lain-lain.[8]

Remove ads

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads