Grand Prix Jerman 2012

From Wikipedia, the free encyclopedia

Grand Prix Jerman 2012
Remove ads

Grand Prix Jerman 2012 (nama rasmi: Formula 1 Grosser Preis Santander von Deutschland) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang berlangsung pada 22 Julai 2012 di Litar Hockenheimring di Hockenheim, Jerman. Ia adalah perlumbaan kesepuluh bagi musim 2012. Selepas perlumbaan di Nürburgring pada tahun lepas[2], perlumbaan Grand Prix Jerman kembali ke Hockenheimring dan merupakan kali ke-33 litar ini menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Jerman. Pemandu Ferrari, Fernando Alonso memenangi perlumbaan ini dengan bermula pada petak pertama dengan Jenson Button mendapat tempat kedua setelah Sebastian Vettel diturunkan kedudukannya ke tempat kelima dan Kimi Räikkönen melengkapi podium di tempat ketiga.

Fakta Segera Maklumat perlumbaan, Petak pertama ...

Ini merupakan perlumbaan Grand Prix yang ke-100 bagi Lewis Hamilton.

Remove ads

Laporan

Latar belakang

Kerana tidak perlumbaan di Hockenheim pada tahun 2011, 2012 merupakan tahun pertama bahawa DRS dan tayar Pirelli digunakan di litar ini. Zon pengesanan DRS terletak di selekoh keempat, dan zon pengaktifannya terletak 260 meter di hujung jalan, supaya ia boleh digunakan menyusuri Parabolika ke selekoh tajam.[3]

Penalti pemandu

Romain Grosjean dikenakan penalti lima-petak kedudukan selepas pasukannya menemui masalah kotak gearnya.[4] Nico Rosberg dikenakan penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gearnya.[5] Mark Webber juga diberikan penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gearnya.[6] Sergio Pérez pula dikenakan penalti lima-petak kedudukan kerana menghalang Fernando Alonso dan Kimi Räikkönen pada sesi kelayakan bahagian kedua.[7]

Pertukaran pemandu

Dani Clos memandu kereta HRT kepunyaan Narain Karthikeyan pada sesi latihan bebas pertama.[8] Jules Bianchi memandu kereta Force India kepunyaan Paul di Resta,[9] sementara Valtteri Bottas sekali lagi memandu kereta Williams kepunyaan Bruno Senna pada sesi yang sama.[10]

Remove ads

Klasifikasi

Kelayakan

Maklumat lanjut Ked., No. ...

Nota:

Perlumbaan

Thumb
Fernando Alonso memenangi perlumbaan ini selepas bermula dari petak pertama.
Maklumat lanjut Ked., No. ...

Nota:

↑1  — Sebastian Vettel diberikan penalti 20 saat selepas perlumbaan kerana memotong Jenson Button pada pusingan ke-66 secara tidak sah, lalu menjatuhkan kedudukannya dari tempat ke-2 hingga ke-5.[16]
Remove ads

Kedudukan kejuaraan selepas perlumbaan

Maklumat lanjut Ked., Pemandu ...
  • Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads