Grand Prix Korea 2012
rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Grand Prix Korea 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Korean Grand Prix)[1] ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu. Ia merupakan perlumbaan ke-16 bagi musim 2012. Ia telah berlangsung pada 14 Oktober 2012 di Litar Antarabangsa Korea.[3] Perlumbaan ini merupakan Grand Prix Korea yang ketiga. Mark Webber memulakan perlumbaan dari petak pertama, di hadapan rakan sepasukan, Sebastian Vettel,[4] yang memenangi perlumbaan tersebut.[5] Berikutan kemenangan Vettel, beliau melonjak ke tangga pertama dalam kedudukan Kejuaraan Pemandu Dunia.[6]
Remove ads
Laporan
Latar belakang
Pada minggu sebelum perlumbaan, FIA mengumumkan bahawa zon DRS pada litar akan diubah dari kedudukan 2011, dan membawa zon keaktifan DRS ke hadapan sebanyak 200 meter (660 kaki).[7][8] Zon pengesanan juga dibawa ke hadapan. Pada tahun 2011, ia terletak di antara dua sudut pertama, tetapi untuk tahun ini, ia telah dipindahkan 90 meter (300 kaki) sebelum selekoh pertama.
Pemandu Marussia, Charles Pic, dikenakan penalti sepuluh-petak kedudukan kerana menggunakan enjin kesembilannya pada musim ini.
Pada sesi latihan bebas pertama, Giedo van der Garde dari pasukan Caterham F1 mengantikan Vitaly Petrov, manakala Jules Bianchi mengantikan Nico Hülkenberg untuk Force India, Valtteri Bottas mengantikan Bruno Senna untuk Williams dan Dani Clos mengantikan Narain Karthikeyan untuk pasukan HRT.[9]
Remove ads
Klasifikasi
Kelayakan
Nota:
- ↑1 — Daniel Ricciardo dikenakan penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear tanpa dijadualkan.[11]
- ↑2 — Charles Pic dikenakan penalti sepuluh-petak kedudukan kerana menggunakan enjin kesembilannya pada musim ini.
- ↑3 - Narain Karthikeyan gagal mencatat masa kelayakan selepas mengalami masalah brek. Beliau dibenarkan berlumba selepas diberikan kebenaran dari steward perlumbaan.
Perlumbaan
Remove ads
Kedudukan kejuaraan selepas perlumbaan
- Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.
References
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads