Gucci

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gucci
Remove ads

Gucci ialah sebuah jenama fesyen dan barangan mewah Itali.[2][3][4] Gucci diasaskan oleh Guccio Gucci di Florence pada tahun 1921.[5] Gucci menjana €4.2 bilion pendapatan di seluruh dunia pada tahun 2008 menurut BusinessWeek dan menduduki kedudukan ke-41 dalam carta tahunan "Global 100 Brands" 2009 yang dicipta oleh Interbrand;[6] ia mengekalkan kedudukan dalam indeks Interbrand 2014.[7] Gucci juga merupakan jenama terlaris keluaran negara itu.

Fakta Segera Nama asli, Dinamakan sempena ...

Syarikat ini mengendalikan kira-kira 278 buah butik secara langsung di seluruh dunia pada September 2009; ia memborong produknya melalui francais dan gedung membeli-belah kelas atasan.[8] Pada tahun 2013, jenama ini bernilai AS$ 12.1 bilion, dengan jualan AS $ 4.7 bilion. Dalam senarai Jenama Paling Bernilai Dunia Forbes, Gucci menduduki tempat ke-38 jenama paling berharga, dengan nilai jenama $ 12.4 bilion pada Mei 2015.[9] Sehingga Januari 2015, pengarah kreatifnya ialah Alessandro Michele.

Remove ads

Pautan

  • Viale Bligny

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads