Gunung Berantai

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gunung Berantai
Remove ads

Gunung Berantai merupakan sebuah gunung yang terletak dalam Mukim Chenor di Daerah Maran, Pahang, Malaysia.[1][2] Titik ketinggian bagi Gunung Berantai ialah 771 m (2,530 ka).[1][3] Ia terletak kira-kira 130 km (81 bt) timur laut ke barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Fakta Segera Titik tertinggi, Ketinggian ...

Gunung Berantai mempunyai hutan dipterokarpa bukit dan hutan dipterokarpa atas.[1] Gunung ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Berkelah serta berdekatan Taman Eko-Rimba Lubuk Yu.[1][4] Gunung Berantai juga merupakan kawasan punca anak sungai yang bernama iaitu Sungai Yeh serta terdapat anak sungai tidak bernama dengan dikenali sebagai lembangan.[1][2]

Berdasarkan maklumat peta topografi terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Gunung Berantai terletak dalam kawasan yang berbukit-bukau. Ia ditumbuhi dengan hutan primer dan kawasan gunung ini mempunyai banyak cenuram.[1]

Remove ads

Pelancongan

Gunung Berantai menjadi laluan air yang mengalir dingin dan membekalkan air pada Taman Eko-Rimba Lubuk Yu di Kuala Sentul. Para pengunjung dapat menikmati tarikan alam semulajadi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti beristirahat di dalam buaian (hammock) bertaraf dunia, bagi menenangkan fikiran.[5]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads