Gunung Serudum

From Wikipedia, the free encyclopedia

Gunung Serudum
Remove ads

Gunung Serudum merupakan sebuah gunung yang terletak di Mukim Hulu Lepar, Daerah Kuantan, Pahang, Malaysia.[1][2] Titik ketinggian bagi Gunung Serudum ialah 1,048 m (3,438 ka).[3] Ia terletak kira-kira 160 km (99 bt) timur laut ke barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Fakta Segera Titik tertinggi, Ketinggian ...

Gunung Serudum mempunyai hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa atas, hutan montane dan hutan gunung. Gunung ini terletak di dalam Hutan Simpan Berkelah dan mampu dilihat dari Lebuhraya Pantai Timur 1.[1][3][4] Gunung Serudum juga merupakan kawasan punca anak sungai yang bernama iaitu Sungai Berkelah serta terdapat juga anak sungai yang tidak bernama dengan dikenali sebagai lembangan.[1][2]

Berdasarkan maklumat peta topografi terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Gunung Serudum terletak dalam kawasan yang berbukit-bukau, berdekatan dengan Bukit Berkelah serta kedudukannya terletak dalam Banjaran Pantai Timur. Ia ditumbuhi dengan hutan dara dan hutan belukar serta riung.[1]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads