Gunung lipat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gunung lipat ialah gunung yang kebanyakannya terbentuk oleh kesan lipatan pada lapisan di dalam bahagian atas kerak bumi. Sebelum teori plat tektonik terbentuk, atau seni bina dalaman jalur tujah menjadi lebih difahami, istilah ini dahulu digunakan untuk kebanyakan kawasan gunung, seperti Himalaya. Istilah ini masih agak biasa dalam kepustakan geografi fizikal tetapi sebaliknya semakin kurang digunakan secara umum kecuali seperti dihuraikan di bawah. Daya yang bertanggungjawab bagi pembentukan gunung lipat dipanggil gerakan orogeni. Istilah orogeni terbit daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud pembinaan gunung. Daya ini bertindak pada tangen ke permukaan bumi dan terutamanya hasil plat tektonik.

Remove ads
Pembentukan
Gunung lipat terbentuk apabila dua plat tektonik bergerak menuju antara satu sama lain di sempadan plat pertembungan. Apabila plat dan benua menungganginya berlanggar, lapisan batu terkumpul boleh merenyuk dan lipat seperti alas meja yang ditolak merentasi meja, terutamanya jika terdapat lapisan lemah mekanik seperti garam. Gunung yang dibentuk sebegitu selalunya lebih panjang berbanding lebar.[1]
Remove ads
Contoh
- Pergunungan Jura – Siri permatang gunung subselari yang terbentuk dengan melipat di atas decollement evaporit Trias disebabkan gerakan tujah di dataran depan Alp
- 'Jalur Lipat Mudah' Pergunungan Zagros – Siri kubah antiklin panjang, kebanyakannya terbentuk sebagai lipatan penanggalan di atas tujah bawah di dataran depan jalur pelanggaran Zagros, biasanya di atas basal decollement yang terbentuk di evaporite dari akhir Neoproterozoik hingga Pembentukan Hormuz Awal Kambria[1]
- Banjaran Akwapim-Togo di Ghana[2]
- Appalachia Banjaran dan Lurah di bahagian timur Amerika Syarikat.
Remove ads
Lihat juga
- Gunung bongkah sesar
- Pembentukan gunung
- Ali bin Abu
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads