Gwageo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gwageo (atau kwago) merupakan sejenis peperiksaan awam yang dijalankan ketika zaman-zaman dinasti Goryeo dan Joseon di Korea. Peperiksaan ini menguji kebolehan mengarang tulisan - sama dari sastera sehingga karangan mengenai pengurusan negara - serta pengetahuan sastera klasik Cina. Subjek teknikal turut diberikan bagi memilih mereka yang pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti perubatan, perundangan dan sebagainya. Kesemua ini merupakan jalan utama kebanyakan rakyat untuk memasuki birokrasi kerajaan.
Sistem Gwageo diasaskan pada tahun 958 Masihi semasa pemerintahan Raja Gwangjong atas nasihat seorang sarjana Akademi Hanlin bernama Shuang Ji dari negeri Zhou.[1] Menurut Xu Jing yang menulis semasa dinasti Song, sistem peperiksaan Korea pada dasarnya sama dengan sistem peperiksaan awam diraja Cina dengan beberapa perbezaan.[2] Tidak seperti di China, kertas peperiksaan di Korea ditulis dalam kedua-dua skrip Idu dan Bahasa Klasik Cina. Calon tidak duduk dalam bilik sel berasingan seperti di China, sebaliknya duduk di atas tanah di kawasan terbuka di bawah teduhan matahari.[3][4] Beberapa amalan peperiksaan beransur-ansur menyerupai sistem peperiksaan kerajaan Cina. Menjelang akhir zaman Goryeo, peperiksaan ketenteraan telah ditambah, jadual tiga tahun sekali diamalkan, dan hierarki peperiksaan disusun kepada peringkat wilayah, kota dan istana sama seperti di China. Namun terdapat juga amalan yang tidak dikongsi dengan China, seperti peperiksaan dalam Agama Buddha dan pemujaan terhadap Kongzi.
Pada awal zaman Joseon, seramai 33 calon dipilih dari setiap peperiksaan tiga tahun sekali, dan bilangannya meningkat kepada 50 kemudian. Sebagai perbandingan, calon yang dipilih di China selepas setiap peperiksaan istana tidak melebihi 40 hingga 300 orang dari zaman Tang hingga Ming, walaupun meliputi kawasan enam kali ganda lebih besar daripada Korea.[5][6] Pada zaman Joseon, jawatan tinggi ditutup kepada bangsawan yang tidak lulus peperiksaan. Sepanjang 600 tahun, perkhidmatan awam Joseon memilih lebih 14,606 calon dalam peperiksaan peringkat tertinggi yang diadakan sebanyak 744 kali.[7] Sistem peperiksaan ini berterusan sehingga tahun 1894 apabila dimansuhkan melalui Pembaharuan Gabo. Peperiksaan ini dihapuskan dalam Pembaharuan Gabo yang berlaku tahun 1894.[8][9] Walau bagaimanapun, semangat yang dibawa dalam pencapaian masyrakat sebegini masih diteruskan melalui peperiksaan tertentu untuk memasuki universiti dan melayakkan kakitangan pemerintah di Korea Selatan.
Remove ads
Bibliografi
- 변태섭 (Byeon Tae-seop) (1999). 韓國史通論 [Outline of Korean History] (dalam bahasa Korea) (ed. 20th printing, 4th). Seoul: 三英社 (Samyeongsa). ISBN 9788944591013.
- Lee, Ki-baik (1984). A New History of Korea. Diterjemahkan oleh Wagner, Edward W. Seoul: 一潮閣 (Ilchokak Publishers). ISBN 9788933702048.
- SNUERI (Seoul National University Educational Research Institute), penyunting (1997). 한국교육사 [Educational History of Korea] (dalam bahasa Korea). Seoul: 교육과학사 (Kyoyook Book Publishing Co.). ISBN 89-8287-130-6.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads