H & M Hennes & Mauritz AB (H&M) (sebutan Sweden:[ˈhɛnˈnɛsɔma.ʊˈrɪts]; Jawi:ايچ ايند عيم) merupakan syarikat peruncitan yang bersifat multinasional selain dikenali sebagai fesyen segera untuk lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak.
H&M beroperasi di 43 buah negara dan sehingga tahun 2013, syarikat ini mempunyai 104,000 pekerja.[2] Kedai pertama telah dibuka di jalan utama bandar Västerås, Sweden pada tahun 1947.[3] Pada penghujung tahun 2011, sebanyak 2,325 kedai telah beroperasi manakala pada penghujung Ogos 2012, sebanyak 2,629 buah kedai tersedia.[4] Syarikat ini telah mendapat pengiktirafan sebagai peruncit kedua terbesar di dunia, berkedudukan di belakang syarikat Inditex (syarikat induk ZARA), dan peruncit ketiga terbesar di bawah naungan Gap Inc.