HAL HF-24 Marut

From Wikipedia, the free encyclopedia

HAL HF-24 Marut
Remove ads

Hindustan Aeronautics HF-24 Marut (Sanskrit: "Spirit of the Tempest") merupakan sebuah pesawat pejuang-pengebom buatan India pada tahun 1960-an. Ia merupakan pesawat jet pertama buatan India, yang mana telah membuat penerbangan sulung pada 17 Jun 1961. Tidak seperti biasa, pesawat olok-olok yang diperbuat daripada kayu sebenarnya boleh diterbangkan sebagai glider lancaran udara.

Fakta Segera HF-24 Marut, Peranan ...

Marut telah direka oleh seorang pereka Jerman yang terkenal, Kurt Tank, tetapi tidak menyedari potensi penuhnya disebabkan oleh kekurangan kuasa. Walaupun pada awalnya pesawat ini dibayangkan memiliki kelajuan dalam lingkungan Mach 2, pesawat ini jarang melepasi Mach 1 dalam penerbangan separas, ini disebabkan oleh ketidakupayaan kerajaan India bagi mendapatkan enjin yang cukup berkuasa untuk kerangkanya. Selepas kerajaan India menjalankan ujian nuklear pertamanya di Pokhran, tekanan antarabangsa telah menghalang import bagi enjin yang lebih baik, yang mana pada ketika itu, juga sukar untuk mendapatkan alat ganti bagi enjin Orpheus. Ini menjadi salah satu sebab utama kegagalan awal pesawat ini.

Kekurangan kuasa telah membantutkan kelajuan pesawat, tetapi ciri-ciri pengendalian yang selesa dan keupayaan aerobatik yang baik amat disukai oleh para juruterbangnya.[perlu rujukan] Ia digunakan dalam pertempuran sebagai untuk membuat serangan darat, di mana ciri-ciri keselamatannya seperti kawalan manual apabila berlaku kegagalan kawalan sistem hidrolik dan enjin berkembar dilihat baik untuk meningkatkan kebolehan ikhtiar hidup.

Sejumlah 147 buah pesawat telah dibina, termasuk 18 buah pesawat latihan dua tempat duduk. Pesawat terakhir telah ditarik keluar dari perkhidmatan pada tahun 1990.

Remove ads

Kelainan

  • Marut Mk.1 : Pesawat serangan darat satu tempat duduk
  • Marut Mk.1T : Versi latihan dua tempat duduk

Pengguna

 India

Spesifikasi (Marut Mk.1)

Data dari [perlu rujukan]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 15.87 m (52 kaki 1 in)
  • Rentang sayap: 9.00 m (29 kaki 6 in)
  • Tinggi: 3.60 m (11 kaki 10 in)
  • Sayap luas: 28 m² (300 kaki²)
  • Berat kosong: 6,195 kg (13,660 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 10,908 kg (24,048 lb)
  • Loji kuasa:Bristol-Siddeley Orpheus Mk 703 turbin jet, 21.6 kN (4,850 lbf) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 1,128 km/h (609 knot, 701 bsj)
  • Jarak: 800 km (430 batu nautika, 500 batu)
  • Lelangit khidmat 13,750 m (45,100 kaki)


Persenjataan

  • Meriam: 4× 30 mm (1.18 in) meriam ADEN
  • Titik beban: 4 dengan 1,800 kg (4,000 lb) muatan,
  • Roket: 48× 2.65 in (67 mm) roket

Lihat juga

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads