Halimunan
lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Masya Masyitah From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
"Halimunan" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Masya Masyitah.[1] Lagu ini ialah hasil karya Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham dan dikeluarkan single ketiga beliau pada 5 Oktober 2018 oleh Rocketfuel Entertainment.[2][3]
Remove ads
Penerbitan
"Halimunan" ialah sebuah lagu berentak pop yang diadun dengan pengaruh muzik elektronik berdurasi selama 2 minit dan 56 saat. Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham berkhidmat sebagai komposer dan penulis lirik.[4][5] Dalam temu ramah bersama Kosmo!, Masya Masyitah berkata "genre yang dibawa kali ini agak berlainan daripada dua karya terdahulu. Lagu "Halimunan" lebih berentak pop dan saya rasa ia sesuai dengan kehendak pendengar masa kini".[3]
Remove ads
Muzik video
Muzik video rasmi "Halimunan" dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Rocketfuel Entertainment pada 5 Oktober 2018, serentak dengan pelancaran single. Sejak pelancaran rasminya, ia telah mencapai jumlah tontonan sebanyak sejuta tontonan.[3][6]
Persembahan secara langsung
Bagi mempromosikan "Halimunan", Masya Masyitah mempersembahkan lagunya secara langsung dalam rancangan hLive di Astro Ria pada 11 Oktober 2018. Bagaimanapun, penampilan beliau mendapat kecaman daripada warganet kerana beliau menggayakan seluar ketat yang dianggap tidak sesuai dengan imej wanita Muslimah.[7] Masya kemudian berkata beliau akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian bagi mengelakkan perkara sama berulang.[8]
Format dan senarai runut
- Muat turun digital[9]
- "Halimunan" – 2:56
Sejarah keluaran
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads