Halogen
kumpulan unsur kimia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Halogen merupakan satu siri kimia, dan merupakan unsur-unsur Kumpulan 17 (dulu Kumpulan VII) jadual berkala, yakni:

1. fluorin, F2
2. klorin, Cl2
3. bromin, Br2
4. iodin, I2
Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom. Halogen lebih elektronegatif kerana mempunyai 7 elektron valens - dua dalam subpetala s dan lima dalam subpetala p. Oleh kerana satu sahaja lagi elektron diperlukan untuk mencapai susunan oktet, maka halogen cenderung untuk menerima elektron dari unsur lain untuk memenuhkan petala elektron luarnya. Ini akan menghasilkan ion bercas negatif satu, dan dipanggil ion halida; garam yang mengandungi ion ini dipanggil halida. Namun, klorin mampu menunjukkan nombor pengoksidaan dari -1 sehingga +7. Halogen boleh membentuk ikatan kovalen mahupun ionik untuk mencapai susunan oktet.
Ion halida juga boleh bertindak balas dengan atom hidrogen/air untuk menghasilkan asid. Contoh tindak balas ialah klorin bertindak balas dengan air menghasilkan asid hidroklorik dan asid hipoklorus (agen peluntur).
Remove ads
Penamaan
Istilah halogen bermaksud unsur yang menghasilkan garam bila bergabung dengan logam. Ia berasal dari tatanama saintifik Perancis pada abad ke-18.
Nama unsur-unsur halogen memiliki akhiran -in (-ine dalam bahasa Inggeris).
Sifat fizik
Sifat-sifat fizik halogen berubah secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan. Beberapa sifat fizik halogen ialah seperti:
- Semua halogen adalah bukan logam.
- Semua halogen wujud sebagai molekul dwiatom pada suhu bilik.
- Warna elemen-elemen kumpulan VII semakin gelap apabila menuruni kumpulan.
- F = gas kuning pucat
- Cl = gas kuning kehijauan
- Br = cecair merah gelap (dengan wasap merah)
- I = pepejal kelabu kehitaman (menjalani pemejalwapan kepada wasap ungu)
- At = mungkin hitam(gelap dari iodin)[1]
- Saiz atom (jejari atom) halogen semakin bertambah.
- Sangat reaktif dan senang menjadi garam. Kereaktifan berkurang menuruni kumpulan.
- Semua halogen mempunyai ketumpatan yang rendah. Walau bagaimanapun, ketumpatan halogen semakin bertambah apabila menuruni kumpulan.
- Semua halogen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah kerana molekul-molekul halogen ditarik bersama oleh daya Van der Waals yang lemah dan hanya sedikit tenaga haba diperlukan untuk mengatasinya. Menuruni kumpulan, takat lebur dan takat didih halogen meningkat.
- Kuasa pengoksidaan halogen berkurang menuruni kumpulan.
- Semua halogen tidak boleh mengalirkan elektrik.
- Semua halogen merupakan pengalir haba yang lemah.
Remove ads
Sifat kimia
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads