Hamad bin Khalifa Al Thani
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Syeikh Hamad bin Khalifa Al Thani (Arab: الشيخ حمد بن خليفة آل ثاني, lahir 1 Januari 1952) ialah Amir Qatar sejak 26 Jun 1995, selepas merampas kuasa daripada ayahanda baginda.[1]

Beliau terkenal kerana membantu menubuhkan rangkaian berita antarabangsa Arab pertama, Al Jazeera.
Pada 25 Jun 2013 Hamad turun takhta dan menyerahkan kuasa kepada puteranya Tamim dalam suatu siaran ucapan.[2][3]
Remove ads
Hubungan luar negeri
Walaupun sentimen anti-Israel tersebar luas di dunia Arab, beliau mengekalkan hubungan baik dengan Israel.[4] Beliau pernah bertemu dengan Menteri Luar Israel Tzipi Livni (25 September 2007) di New York. Ini merupakan usaha sebenar pertama pemimpin di Teluk Parsi membuka dialog dengan Israel.[5][6] Beliau menentang dasar petempatan Israel, terutamanya Penyahudian Baitulmaqdis.[7]
Pada Oktober 2012, Sheikh Hamad membuat lawatan penting ke Gaza, ketua negara pertama berkunjung ke situ sejak pemilihan 2006 Hamas dan pengenaan sekatan oleh Israel.[8] Beliau terbang ke Mesir sebelum memasuki Gaza dengan kereta. Di sana, amir melancarkan satu projek pembinaan semula bernilai $254 juta, dan memberi ucapan kepada orang Palestin.[9] Ini merupakan kunjungan kedua beliau ke Genting Gaza (kali pertama pada 1999).[10]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads