Harley-Davidson
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Harley-Davidson (NYSE: HOG, dahulunya HDI[1]), juga dikenali dengan singkatan H-D atau Harley, ialah sebuah pengeluar motosikal Amerika Syarikat. Ditubuhkan di Milwaukee, Wisconsin pada dekad pertama abad ke-20, ia merupakan salah satu daripada dua pengeluar motosikal terbesar di AS yang berjaya menempuh Kemelesetan Besar.[2] Harley-Davidson juga mengharungi zaman kemerosotan kawalan mutu dan persaingan daripada syarikat motosikal Jepun.[3]
Syarikat ini memasarkan motosikal berat (lebih 750 cc) yang direka untuk perjalanan di atas lebuh raya. Motosikal Harley-Davidson (atau "Harley") mempunyai rekabentuk dan ekzos yang menonjol, apatah lagi dikenali terutamanya dengan amalan pengubahsuaian besar-besaran yang melahirkan gaya motosikal chopper.[4]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads