Hassan Nawawi Abd Rahman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hassan Nawawi Abd Rahman
Remove ads

Dato’ Hassan Nawawi bin Abd Rahman terkenal di Malaysia kerana pernah mengelilingi dunia dengan mengayuh basikal. Beliau digelar Wira Daratan.[1] Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1954 di Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar, Perak.[2]

Fakta Segera Dato' DPMP (Perak), Datuk Bandar Ipoh ...
Remove ads

Pendidikan

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Manong (1961 – 1966). Seterusnya di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong (1967 – 1969). Pindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (1970 – 1973) dari tingkatan 4 hingga 6 atas.Di Universiti Malaya beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah Hubungan Antarabangsa pada tahun 1977. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Pembangunan (MDA) dari University of Western Michigan pada tahun 1986.

Remove ads

Kerjaya

Menjadi guru sementara di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong pada 1974 dan di SMK Dato’ Idris Pantai Remis pada 1977. Pernah menjadi Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 19 September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (1977 – 1980), dan Kementerian Luar Negeri (1980 – 1981), Jabatan Perkhidmatan Awam (1981 – 1984) dan (1990 – 1993), pegawai pentadbir di Pejabat Daerah Manjung (1993 – 1998 ), Pejabat Daerah Port Dickson (1998 – 2000). Kemudian dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Perak mulai 1 April 2002.

Remove ads

Sukan

Sukan yang paling digemarinya ialah bola sepak, larian maraton, mendaki gunung dan mengembara dengan basikal. Buku pengembaraan Ibn Battuta, Khalid bin al-Walid, Ferdinand Magellan, Christopher Colombus, Alexander Agung, Genghis Khan, Shih Huang Ti dan I Cheng menjadi sumber inspirasi beliau.

Beliau berbasikal selama 389 hari sejauh 26,565 kilometer mengelilingi dunia pada 2002.[3]

Maklumat lanjut Jarak, Negara ...

Hasil penulisan

  1. Cabaran berbasikal mengelilingi dunia : wira daratan : Rhythm Publishing, 2003.
  2. Cycling around the world challenge Land Hero :Rhythm Publishing, 2003.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads